KUALA LUMPUR - Pelakon Adi Putra sekali lagi tidak hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jumaat lepas bagi kes permohonan cerai terhadap isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof.
Memetik laporan Mstar Online, Zuhaidah atau Aida hadir seorang diri kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum meninggalkan dewan mahkamah pukul 9.15 pagi.
Wartawan yang menunggu sebutan kes itu sempat bertanya kepada Aida mengenai kelibat Adi namun dia memberitahu pelakon itu tidak hadir.
Bagaimanapun wanita berusia 42 tahun itu enggan menjawab pertanyaan lain dan memberitahu dia perlu ke kaunter mahkamah untuk membuat bayaran.
Namun tidak dapat dipastikan bentuk bayaranyang hendak dilakukan itu.
Pihak mahkamah juga enggan mendedahkan perkembangan mengenai kes melibatkan pasangan selebriti itu.
Di mahkamah yang sama pada 31 Mac lalu, kes berkenaan sepatutnya didengar di hadapan Hakim Syarie, Izzat Syazli Mushid namun Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 36, tidak muncul.
Adi yang berasal dari Singapura berkahwin dengan Aida pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.
Adi kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun 2016.
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean