PETALING JAYA, Selangor - Foto seorang lelaki mengayuh basikal membawa tiga orang anaknya ke sekolah yang tular sejak minggu lalu ternyata memberi sinar baru buat mereka sekeluarga.
Foto bapa saudara Rasuludin membonceng tiga anak Rasuludin ke sekolah.
Selain beberapa individu yang tampil mahu menghulurkan bantuan kepada keluarga Rasuludin Jamal Mohamed, 40, dari Alor Setar, Kedah, agensi kerajaan turut menghubunginya untuk meringankan beban,
Bapa anak empat itu berkata Kementerian Pendidikan negeri membantu urusan meletakkan anak-anaknya di asrama supaya tidak perlu lagi berulang ke sekolah sejauh tujuh kilometer setiap hari.
“Mereka nasihat dan cadang dua anak saya yang sekolah rendah berpindah ke sekolah yang lebih dekat dengan rumah dan anak saya yang sekolah menengah masuk asrama.
“Alhamdulillah, urusan tukar sekolah hampir selesai dan anak saya yang berada di Tingkatan 1 akan masuk ke asrama Ahad ini,” katanya dipetik laporan Mstar Online.
Pekerja restoran itu ketika menjelaskan gambar yang tersebar di internet berkata, individu yang mengayuh basikal itu adalah bapa saudaranya bernama Ali, 60.
Katanya ketika itu beliau terpaksa meminta bantuan Ali untuk menjemput tiga anaknya dari sekolah pada Ahad lalu kerana keretanya rosak.
Sebelum itu pada sebelah pagi Rasuludin meminjam motosikal rakannya untuk menghantar anak-anaknya yang berusia 11, 10, dan 13 tahun ke sekolah di Mergong.
“Saya sedar ia bahaya, tapi saya tiada pilihan. Saya bekerja dan isteri saya terpaksa menjaga anak saya yang berusia sembilan bulan di rumah,” katanya yang juga penerima bantuan zakat.
http://www.3rasa.com/2017/04/nasib-3-beradik-ke-sekolah-dengan.html
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean