Home » » Kerajaan pulau pinang saman SPR kerana temui “maklumat mengejutkan” yang di rahsiakan dari orang ramai

Kerajaan pulau pinang saman SPR kerana temui “maklumat mengejutkan” yang di rahsiakan dari orang ramai

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang merancang untuk menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan penemuan “maklumat mengejutkan” tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu.


Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata majlis mesyuarat kerajaan negeri hari ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman dengan penemuan data terbaharu berkaitan dengan aktiviti persempadanan di Pulau Pinang.

Ia juga akan memfailkan bantahan dengan SPR sebelum tempoh bantahan ditutup 7 April ini.

Guan Eng akan menjadi plaintif dalam saman itu, mewakili kerajaan negeri.

“Kami sudah memfailkan 1 bantahan pada 4 April, dan kami akan memfailkan 1 lagi bantahan mengenai penemuan kami sebelum 7 April,” katanya pada sidang media di Komtar.

Maklumat baharu tidak akan didedahkan sehingga Exco Abdul Malik Abul Kassim pulang dari Kuala Lumpur, kata Guan Eng. Beliau tidak memberitahu bila Malik akan kembali ke Pulau Pinang.

SPR sebelum ini mengumumkan hanya kawasan Parlimen Kepala Batas dan Balik Pulau akan terjejas dalam persempadanan semula.

Bagaimanapun, beberapa wakil rakyat mendapati ada pergerakan keluar dan masuk pengundi di kawasan mereka.

Guan Eng dalam bantahan 4 April lalu mendakwa SPR tidak menjalankan persempadanan semula mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan; salah pembahagian pengundi, kerana beberapa kerusi didapati mempunyai jumlah pengundi rendah dan tinggi melebihi sepatutnya; gangguan pada hal ehwal tempatan, kerana kebanyakan agensi kerajaan berjalan berdasarkan kerusi DUN; dan SPR mengabaikan cadangan kerajaan negeri.

“Kegagalan menjalankan persempadanan semula di Pulau Pinang dengan betul menjadikan proses itu tidak berperlembagaan dan haram di Pulau Pinang dan Malaysia,” katanya ketika itu.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari kemudian memohon semakan persempadangan semula kawasan pilihan raya di Pulau Pinang ke mahkamah.

Zairil berkata persempadanan semula Pulau Pinang oleh SPR tidak mengambil kira salah pembahagian kawasan pengundian.

Beliau juga meminta mahkamah mengisytiharkan kegagalan SPR membahagikan kawasan dan sempadan kerusi Bukit Bendera, Tanjung Bungah, Air Putih, Kebun Bunga dan Pulau Tikus sebagai tidak berpelembagaan.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun enggan memberikan kebenaran mencabar persempadangan itu, kerana ia persempadanan semula kawasan belum dimuktamadkan.



>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts