Home » » Pelajar Tingkatan 2 tak tahan selalu DIR0G0L sejak bulan Julai tampil buat laporan polis

Pelajar Tingkatan 2 tak tahan selalu DIR0G0L sejak bulan Julai tampil buat laporan polis

MARUDI: Tidak tahan dipaksa melakukan hubungan seks sejak Julai lalu, seorang remaja Tingkatan 2 semalam akhirnya tampil membuat laporan polis akan tindakan teman lelakinya itu.



Susulan laporan tersebut, sepasukan anggota siasatan jenayah Marudi menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pemandu untuk membantu siasatan.

Berdasarkan fakta laporan, kali terakhir pasangan ini mengadakan hubungan seks adalah sekitar jam 7 malam, 13 April lalu.

“Suspek dikatakan telah menghubungi mangsa di rumah keluarganya di Kampung Pemindahan untuk memujuknya keluar.

“Mangsa kemudian mengikuti suspek dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux double cab ke Taman Kubu, dekat sini.

“Semasa berada di dalam kenderaan tersebut, suspek berusaha menggoda mangsa sebelum merogolnya secara paksa dan tanpa kerelaan.

Suspek kini ditahan reman dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur.

Mangsa turut dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ketua Polis Daerah Baram, Deputi Superintendan Gabriel Risut ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. – Sarawakvoice

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts