Home » » Senarai duit RM1 yang bernilai hingga ribuan ringgit sekeping - semak poket anda sekarang mungkin anda ada seperti di cari ini

Senarai duit RM1 yang bernilai hingga ribuan ringgit sekeping - semak poket anda sekarang mungkin anda ada seperti di cari ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan facebook. Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda senarai RM1 yang bernilai lebih dari nilai muka.


kadang-kadang kesian saya tengok ramai yang tertipu dengan sesetengah blogger duit yang tidak mempunyai nilai tetapi letak harga  hingga RM12,000 sekeping!! agak-agak la ingat semua pengumpul duit lama ni jutawan ke? kiki 

ini salah satu penipuan yang saya ambil dari sebuah laman blog lepas ni kalau korang tengok duit camni percayalah memang takde nilai pun 





Sebenarnya tak semua duit kertas lama ada harga yang tinggi dan tak semua duit kertas yang baru tiada nilai.Habis bagaimana nak tahu duit yang ada nilai? nanti saya kongsikan baca sampai habis iye


Kategori Peminat duit 

sebelum nak jual duit ini kita perlu kenali beberapa jenis peminat duit ini antara jenis2 peminat duit lama
  1. Duit replacement 
  2. duit nombor solid cth : 1111111- 9999999
  3. duit yang error atau rosak yang keluar dari bank negara /bank
  4. Low nombor cth : 0000001-0000010

Kenali kondisi duit sebelum nak menjual 
harga duit mengikut kepada beberapa faktor antaranya :
  • UNC - duit yang baru tiada sebarang lipatan dan kedutan langsung kondisi ini paling mahal 
  • AUNC - duit yang baru tetapi ada satu lipatan lembut harga jatuh sedikit
  • EF - duit yang mempunyai bawah 3 lipatan harga semakin kurang 
  • VF - duit yang mempunyai kedutan dan lipatan yang banyak harga jualan lebih rendah dr diatas
  • FINE - duit yang ada lubang staple atau koyakan kecil 
  • POOR - duit yang mempunyai koyakan agak besar 

jadi anda perlu tahu dimana keadaan duit anda semakin banyak lipatan semakin murah yang akan dibeli oleh seller atau pengumpul jadi anda perlu simpan duit anda sebaik yang mungkin supaya tidak terlipat 

ini atara duit kertas lama dan baru yang mempunyai nilai

RM 1 tandatangan Ismail Md Ali


duit ini duit yang pertama yang dikeluarkan kebiasaannya duit ini mempunyai nilai RM10-RM20 sekeping tetapi sekiranya nombor siri A/1 dan Z/1 harga boleh mencecah ratusan ringgit atau lebih sekeping 


RM1 tandatangan gabenor Tan Sri Abdul Aziz Taha 


duit ini siri yang keempat jika anda ada duit seperti ini jangan mengharapkan harga mahal kerana duit seperti ini harga lingkugan RM10-RM30 sekeping 


RM1 tandatangan gabenor Tan Sri Abdul Aziz Taha 


duit ini siri yang kelima. nombor siri yang mempunyai nilai duit ini hanya BA00XXXX anggran harga RM30-RM50 sekeping.  selain nombor siri ini harga sekeping duit ini hanya RM10-RM15 sekeping


RM1 tandangan Tan Sri Dato Jaffar Hussein


mungkin ramai yang ada duit ini. duit ini memang tiada nilai kecuali facevalue sahaja jadi anda boleh gunakan ia untuk bebelanja dan matawang masih diterima pakai 


RM1 tandangan Tan Sri DatoSeri Ali Abul Hassan Sulaiman 

pernah tak korang dengar RM1 saing aishah? kalau nak tahu inilah duit rm1 saing aishah yang viral tersebut sebenarnya gabenor yang saing Ali Abul hassan tapi seakan tulisan aishah cuba tengok betul2 tandatangan yang saya bulatkan tersebut 

diantara kebanyakan duit RM1, duit RM1 (ashah) ini paling mahal dan dicari peminat harga yang boleh anda tolak berdasarkan kondisi duit tersebut anggran RM250 sekeping hingga RM1xxx sekeping


RM1 tandangan Tan Sri DatoSeri  Dr.Zeti Akhtar Aziz


mungkin ramai yang tak perasan sebenarnya duit tandatangan kak Zeti ini ada juga yang mempunyai harga mahal antaranya nombor siri ZAC000 semakin banyak bilangan kosong semakin tinggi harga duit ini anggaran harga RM50-RM300 sekeping 


 

RM1 tandangan Tan Sri DatoSeri  Dr.Zeti Akhtar Aziz siri terakhir 


mungkin ramai yang tidak tahu duit kak zeti ini walaupun duit baru sebenarnya ia sangat mahal boleh juga mencecah RM500 sekeping bergantung bilangan kosong contoh ZB00000. tetapi jika ZB00 hanya 2 biji kosong sahaja harga yang boleh anda tolak RM25-RM30 sekeping 


RM1 nombor siri tak sama 


mungkin ramai tak tahu sebenarnya RM1 ada nombor siri tak sama tetapi ia hanya bermula dengan nombor siri huruf GC cuba tengok bulatan di duit tersebut harga RM100-RM3XX sekeping. bergantung pada kondisi 



RM1 solid number 


solid number bermaksud nombor semuanya sama seperti gambar diatas kira duit baru or lama harga anggran RM2xx-RM6xx sekeping bergantung kepada kondisi

saya harap perkongsian ini dapat membantu anda untuk makluman sumber artikel ini dipetik dari facebook https://www.facebook.com/AmirulIzman86
 
 
sekiranya anda ada duit seperti yang saya kongsikan boleh pm terus kepada beliau di Facebook amirul izman ini pula nomber whatsapp untuk anda terus berhubung dengan owner tersebut hanya tekan sahaja link ini -->  http://wasap.my/601136239413
 
 
harap ada yang sudi share perkongsian ini menerusi button share dibawah 
 
 
 


>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts