Home » » Padah hina Najib lihat apa yang berlaku kepada Najip ali - jangan sesekali hina Najib buruk padahnya

Padah hina Najib lihat apa yang berlaku kepada Najip ali - jangan sesekali hina Najib buruk padahnya

Kebarangkalian tugas Najip Ali sebagai juri tetap program Maharaja Lawak Mega (MLM2017) digantikan adalah tinggi susulan tindakannya yang dianggap sesetengah pihak mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Harian Metro melaporkan, tempat pengacara dari Singapura itu bakal digantikan dengan seorang lagi bekas pengkritik program realiti lawak popular berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad ketika dihubungi enggan memberikan maklumat berkaitan.

“Buat masa sekarang pihak kami tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Hanafiah dalam satu kenyataan mendesak penerbit program Ok Chope! yang disiarkan di stesen televisyen Mediacorp memohon maaf kepada Najib.

Selain Najip, Ok Chope! yang bersiaran kali ke-26 itu, turut dibarisi oleh Vernetta Lopez sebagai hos, dan menampilkan tiga selebriti lain iaitu Mike Kasem, Rishi Budhrani dan Sam See.

Dalam program itu, kesemua selebriti diberikan soalan yang memerlukan mereka meneka tempat kosong dengan dua perkataan.

Dari perkataan tertinggal itulah, segelintir pihak menganggap Najib digunakan sebagai bahan jenaka.

Hari ini, Najip serta Ketua Pegawai Pelanggan Mediacorp Singapura, Debra Soon, tampil meminta maaf menerusi sebuah kenyataan kepada media.

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts