Assalamualaikum admin & pembaca krt semua.Terima kasih sudi siarkan perkongsian ini.Apa yg akn aku ceritakan ini bukanlah untuk mendabik dada atau mengaibkan sesiapa tapi lebih kepada berkongsi pengalaman & usaha.
Aku berumur 33 tahun dan suami 36 thn.Merupakan isteri yg dikurniakan 3 org cahaya mata.Sblm aku berkahwin..suami adalah jenis org yg kaki sosial & mudah terpengaruh.Sepanjang kami berkahwin..
.mcm2 cerita sedih aku lalui selama 10 tahun.Dpt pula mertua,ipar duai yg mmg sgt gembira bila tahu kami bergaduh / berpisah.Mereka jenis batu api.Hanya Allah yg maha mengetahui.Suami tinggalkan aku waktu aku mengandung kesemua ank kami & hampir bersalin semuanya..abaikan aku dgn ank2,lupakan tanggungjawab pada aku dgn ank2,pukul..pendek kata apa yg tuan,puan baca kesah sedih dlm krt tu..semua aku da pernah lalui.Tapi aku tak tahu kenapa Allah mmberikan aku sebuah kekuatan yg pada aku terlalu hebat.Sepanjang 10 tahun itu aku dihina,difitnah,dicerca,dibuang,dizalimi,diludah & dicerca oleh suami,adik beradiknya & mertua.Sedangkan aku adalah seorang ibu & isteri yg sgt menjaga & memberikan sepenuh perhatian pd suami & anak2
.Aku jaga juga tertib seorg isteri.Aku jaga juga penampilan demi utk suami.Tapi sygnye waktu itu.. aku alpa akn tgjwb sbg hambaNYa meskipun hal2 lain aku jaga.Suatu hari suami tinggalkan aku.Suami terserampak dgn aku di luar..tapi dia tak pedulikan aku.Suami tak call aku tanya khabar.Aku sgt2 sedih bila suami tidak lagi sygkan aku.Aku menangis sepuas2nya dan salahkan takdir.Tetiba waktu aku ddk sorang2..aku terjumpa 1 ayat.Ayat ni berbunyi "kalau kita nak jaga hubungan dgn manusia...kita kena jaga dulu hubungan dgn Allah" walaupon pd pembaca krt ayat ini biasa..TETAPI ayat ini telah mmberi aku sebuah hidayah.SYUKUR YA ALLAH..jika tidak terjadinya perkara2 ini,sehingga ke hari ini aku culas dgn tanggujawabku padamu Allah 😢.Abaikan solat..mengaji...dan lupakan Allah.
Bermula dari hari itu..aku buat solat taubat.Aku jadi seorang muslimah yg baik.Aku tak tinggal solat 5 waktu lagi..aku buat solat sunat,aku mengaji & mulutku selalu aku biasakan berzikir.Aku berdoa sepuas2nya minta Allah memakbulkan doaku meskipon aku sedar sapalah aku hamba yg hina ini.kalau dulu aku balik kja penat..aku malas nak solat.Tp tidak lagi skrg.Aku nih mmg dendam dgn perbuatan mertua & adik ipar
.tp kini aku memaafkan mereka.Juga pada org2 yg pernah menganiaya & menyakiti aku.Aku tak akn balas.Biarlah itu urusan Allah.Syukur Alhamdulilah.Aku da redha semuanya & berlapang dada.Suami dah kembali pd aku.Bila aku memasak..aku amalkan baca alfatihah sambil zikir ya latiff dgn niat yg baik2 utk suami & ank2.Suami aku yg dulu tak solat..sekarang da mula solat..ada waktu solat yg kami dapat berjemaah ..kami akn buat.Aku byk lakukan solat
hajat,tahajjud,taubat & dhuha.minta pd Allah.Minta hari2.Sesungguhnya Dia maha mendengar.Aku tak pernah kenal erti putus asa.Skrg Suami pon da x berkeras lg dgn aku..nampak perubahannya.Dia semakin syg pd aku dn ank2.Bila aku balik kja..suami pura2 buat2 tido.Dia mengharapkan aku cium dia..tapi tidak bagi aku.Aku berlari bergegas amik air smbhyang dan terus solat.
Allah yg pertama dihati aku..barulah suami.Selesai aku solat..suami sendiri dtg pada aku dan tanya aku.syg..kenapa syg blik tak cium b?aku jwb b.. syg utamakan Allah dulu baru b.suami aku tya aku lagi.syg...syg sygkan b tak? Aku senyum dan jawab syg sygkan b.dia pon cium aku dan peluk aku.Aku menangis sgt waktu tu.menangis trharu dan gembira.Allah telah memakbulkan doaku 😢😭.Benarlah wahai pembaca krt..
letak lah Allah di tempat yg teratas dlm hidup kita.Utamakan Allah dlm semua perkara.Bila kita ingin menjaga sesebuah hubungan...maka jagalah dahulu hubungan kita dgn Allah.DIA yg memegang hati hamba2nya.Insyallah selamat kita duniawi ukhrawi.Aamiin...doakan aku dgn suami terus istiqamah & bahagia disamping ank2. Terima kasih semua
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean