Home » » 'andai ada orang pakai seluar dalam awak dan berkongsi barang2 awak sayang, awak suka ke tak?Allahu terdiam aku sekejap.

'andai ada orang pakai seluar dalam awak dan berkongsi barang2 awak sayang, awak suka ke tak?Allahu terdiam aku sekejap.

 sekadar gambar hiasan

Tolong admin siarkan coretan saya dan hidden fb sy..
Saya kerap baca kisah2 dalam krt ini bermacam2 cerita kini ada terlintas nk kongsi kepada warga krt semua tentang cerita saya mungkin sedikit panjang..

Saya seorang suami berusia 30an dan isteri saya penghujung 20an..

Usia pkhawinan kami mencecah 9tahun dikurnia 4 org ank yg bongsu nk masuk 1 bulan..Dari segi tanggungjawab buat masa ini saya tidak pernah abaikan dari segi nafkah zahir n batin termasuk segala perbelanjaan anak2 saya tidak pernah saya abaikan sama sekali..Kerna saya percaya apa yg saya ada dan kecapi ini melalui mereka2 tanpa mereka saya tidak kecapi segala kemewahan ini..Di usia ini saya telah miliki segala2 nya termasuk 3 rumah dan 2 kereta cuma berhutang satu kereta dan satu rumah saja lain2 hutang tiada..


rumah2 pun saya bg org sewa..so tak ada masalah bab kewangan..Dari segi perbelanjaan saya tak kisah ada part saya boros ada part saya jimat dan simpan..Begitu juga isteri saya andai dia mahu beli apa2 sekali pun untuk kegunaan dia saya akan bayar balik sekiranya ia guna duit dia sendiri mengikut berapa amount dia habiskan..Untuk pengetahuan semua isteri saya tidak berkerja hanya bergantung pada duit sewaan rumah yang kami beli secara tunai..secara logik saya tidak pernah bagi CASH kat tangan dia semua saya online terus ke akaun bnk milik nya.

Dalam kemewahan yg ada saya tak lari dari berscandal dengan perempuan berstatus J anak 3 awal 2016..dugaan apa yg berlaku kantoi dgn wife dan sya mengaku dan bawa wife berjumpa perempuan tu..saya bersyukur wife tak melatah tapi saya faham apa dirasai dan dia bertanya pada saya'andai ada orang pakai seluar dalam awak dan berkongsi barang2 awak sayang, awak suka ke tak?Allahu terdiam aku sekejap..sejak saat itu aku tak ada berhubung dan bjumpa lg perempuan tu..walau perit n sayang berlove2 bg nak rak sebelum ni berjanji nk khawin hilang serta merta..kenapa aku cari penyangkit sedemikian?sedangkn aku ketika itu pun ada ada 3..bab nafsu tak mgkin aku tlintas difikiran nak kata isteri aku tak lawa dah ckup lawa bg aku.klau nafsu baik aku khawin ank dara baru puas hati kn?.

Aku mula hargai dan bertambah sayang wife aku..lps saat itu hidup aku seperti sedia kala & rezeki aku bertambah bila dapat taw wife aku mengandung ada k4 dan rumah k3 dah dapat..aku cuba sibukan diri dengan hal2 keja di siang ari dan ari minggu luang masa bersukan dan bawa ank2 aku ke akademik sukan.kini aku lupa segala2nya tentang dunia luar..ckup apa yg aku ada depan mata..Anak2 kemana aku pergi aku bawa termasuk bini aku kecuali aku keluar lepak mlm maklum la nk bawa bdk2 geng2 semua hisap rkok so tak bagus untuk anak2 aku hidu asap rokok..

bagi aku sudah lengkap hidup aku sebagai seorang lelaki,seorang bapa pada anak2 aku,seorang suami dan seorang ank kepada org tuaku..
Sepanjang perkhawinan aku ni tak pernah ada masalah dari pelbagi aspek bab mertua,adik beradik,kewangan @ lain2 masalah semua ok kecuali aku yang cari penyangkit.aku btmbah sdar bila aku baca kisah2 dlam krt ni kebanykkan pasangan curang,bab nafkah,bab ibubapa/mertua yang hancurkn rumahtangga..Allhamdulilah aku sedar kesilapan aku lebih awal sebelum parah..ada ketika aku bnyk tolong kamu terutama ank2 kamu dari segi kewangan terutama perbelanjaan sekolah itu semua aku niat zakat kerna aku tahu kamu layak menerima zakat pendapatan aku itu wife aku ketahui kerna setiap transfer duit dia yang buat melalui akaun aku.

Pesanan aku pada lelaki diluar sana hargailah isteri anda dan anak2 anda.mungkin anda ada segala kemewahan kewangan tapi ingat sebelum anda kecapi segalanya ALLAH bagi rezeki melalui isteri dan anak2 anda tanpa mereka mungkin anda seorang lelaki tidak kecapi semua kemewahan ini..

Andai perempuan itu ada dlm KRT ini carilah pengganti yang lbih baik dan hensme dari aku..kerna aku lebih sayang keluarga aku dari kamu dan ank2 kamu..aku tak nak hidup aku yang senang dan bahagia sekarang ini hancur sekelip mata dgn hadirnya kamu dlm hidup aku..walaupun agak sukar nak lupakn semua ini ketika itu..bermula saat itu juga aku tidak berani rapat mana dengan perempuan dah serik...

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts