Home » » KETEGANGAN campur tangan pihak luar, dakwa penyanyi Hafiz Hamidun.

KETEGANGAN campur tangan pihak luar, dakwa penyanyi Hafiz Hamidun.


KETEGANGAN dalam rumah tangganya bersama isteri adalah disebabkan campur tangan pihak luar, dakwa penyanyi Hafiz Hamidun.



Kata Hafiz lagi, ada pihak yang memanipulasi keadaan sehingga membuatkan rumah tangganya bersama pengasas kosmetik, Joy Revfa, semakin tegang.

Tegas Hafiz, dia tidak pernah menyindir sesiapa menerusi laman sosialnya, namun mendakwa kekusutan itu tercetus akibat terlalu emosi dan hasutan orang luar.

“Saya belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini, namun ia dimanipulasi oleh pihak tertentu sehingga menjadikan perkara ini semakin rumit.

“Saya sebenarnya tidak merancang untuk membuat sebarang sidang media sekiranya tidak perlu. Ini kerana kisah rumah tangga adalah hal peribadi dan tidak harus diceritakan.

“Mengulas mengenai hal agama, saya mengakui masih banyak yang perlu dipelajari. Namun, apabila didorong dengan hasad dengki, pelbagai perkara boleh berlaku,” kata Hafiz, menerusi BH Online.

Penyanyi lagu Jodoh Berdua itu berharap kemelut rumah tangganya tidak berlarutan dan dapat diselesaikan dengan baik.

Hafiz dan Joy bernikah pada 1 Mei lalu setelah 3 bulan berkenalan.-MYNEWSHUB.CC

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts