SIAPA tidak kenal pelakon sensasi, Nora Danish dan bagi yang sentiasa ikuti perkembangannya, pasti tahu yang dia baru-baru ini bercuti ke Eropah bersama suami, Nedim Nazri.
Bagi menyemarakkan lagi percutian mereka, dikhabarkan pasangan ini turut membawa sekali dua orang cahaya mata mereka.
Berikutan itu, Nedim telah memuat naik beberapa gambar percutian itu. Namun, terdapat satu gambar yang dikongsi mendapat hentaman teruk daripada netizen.
Menerusi gambar tersebut, memaparkan isterinya sedang memberi ciuman mesra dan ia mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.
Rata-rata terdapat antara mereka yang suka lihat aksi tersebut dan tidak kurang pihak hentam teruk dengan doakan perkara tidak baik buat pasangan itu berikutan perasaan cemburu terhadap keakraban hubungan mereka.
Berikutan teruk dihentam, Nedim dilihat seperti tidak senang duduk. Berang dengan tindakan segelintir haters yang kurang sopan itu, dia tampil dengan memberi reaksi ‘Win’.
Inilah yang terjadi bila, buku bertemu ruas. Nedim yang dilihat membalas komen dengan menggelarkan haters tidak ubah seperti seekor tenuk.
Haaa… Tenuk kateko! Aduhhh…
Apa yang lagi mencuit hati apabila, Nedim turut ‘tembak’ haters tersebut dengan menyatakan bahawa muka orang gajinya adalah lagi cantik daripada mereka. Haha…
Namun, pertelingkahan itu tidak berhenti di situ sahaja, apabila dilihat haters tersebut terus membalas komen terbabit.
Beginilah kalau dah namanya hidup sebagai seorang artis, tidak lari daripada kecaman. Ada sahaja yang dikecam.
Kadang-kadang pening juga tengok haters ni, mereka rasa seperti terlalu bagus dan tahu
semua perkara. Tu yang gemar betul cakap ikut suka.
Haih… tak masal tenuk yang tak tahu apa-apa jadi mangsa keadaan. Kesian… – MYNEWSHUB/AmyMaizura
http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/gambar-bercium-dihentam-ini-respon-paling-win-nedim/
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean