emalam merupakan episode terakhir untuk drama Menanti Februari yang dibintangi oleh Fatiya Latiff, Afiq Muiz dan Zul Ariffin yang mula ditayangkan sejak 3 April lalu. Drama ini mendapat antara sambutan ramai netizen dengan jumlah tontonannya yang ramai.
Namun, episode terakhir drama ini menjadi bualan netizen semalam. Rata rata tidak berpuas hati dengan episode terakhir drama ini sehinggakan ada yang merasakan ianya satu filem yang lari dari akidah. Aikk kenapa pulak?
Arie terlalu taksub bekerja
Drama ini mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza.
Hilang 6 bulan di lautan
Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini.
Rata-rata netizen mengecam idea penulisan plot drama ini dimana seorang isteri yang berkahwinan lain saat suaminya hilang di lautan. Isu ini telah dijawab oleh pihak Ustaz Azhar Idrus mengenai taraf sah perkahwinan mereka.
Tak boleh kalau tiada kubur
Menyesal tengok
Tak boleh terima ending
Sumber : Twitter, Fatiya Latiff/ ohbulan.com
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean