putrajaya: Semenjak kerajaan nasionalis Hindu pimpinan Narendra Modi mengambil alih pimpinan India pada tahun 2014, kumpulan “Penjaga Lembu” telah membunuh ramai orang Islam hanya kerana disyaki atau dituduh memakan,
menyembelih atau bersubahat dalam penyembelihan lembu. Menurut laporan yang diterbitkan oleh Human Rights Watch (HRW) yang diterbitkan pada 27 April 2017, polis terlalu kerap memfailkan aduan terhadap mangsa, saudara-mara mangsa dan rakan-rakan mangsa di bawah undang-undang yang mengharamkan penyembelihan lembu.
“Sepatutnya, polis mengambil tindakan tegas ke atas vigilante dari kalangan kumpulan-kumpulan pelampau Hindu yang mempunyai hubungan dengan parti pemerintah, Bharatiya Janata Party (BJP), namun sebaliknya polis terlalu kerap memfailkan aduan terhadap mangsa, saudara-mara mangsa dan kenalan mereka di bawah undang-undang yang mengharamkan penyembelihan lembu.”
Pada tahun 2015, satu kempen kejam menentang pemakanan daging lembu telah mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 10 orang Islam termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. Pada tahun 2016 pula, dua orang sepupu berumur 20 dan 14 tahun telah dirogol di rumah mereka di Mewat, Haryana selepas kediaman mereka diserbu dan pakcik serta makcik mereka dibunuh. “Mereka bertanya jikalau kami memakan daging.
Kami kata kami tidak makan daging, tetapi mereka berkeras berkata kami pemakan daging. Kemudian mereka berkata, “Kami menjatuhkan maruah kamu sebelum kamu melakukannya (makan daging) dan jika kamu menceritakannya (kejadian rogol) kamu akan merasa hina”,”
kata mangsa kejadian kepada NDTV. Pada tahun yang sama, terdapat insiden lain melibatkan dua orang wanita yang telah dibelasah di stesen keretapi kerana disyaki membawa daging lembu. Namun, setelah siasatan dilakukan, didapati bahawa daging yang dibawa itu adalah daging kerbau. Umat Islam di India menzahirkan kerisauan akibat peningkatan serangan yang dilakukan oleh kumpulan ekstremis Hindu.
Read more at: https://www.menara.my/sebelum-makan-daging-kami-rogol-kamu/
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean