Newborn 196, Mujahid
Lahir pada 03/04/2017 pukul 3.35 pagi, berat bayi 2.9 kg.
Ibunya seorang slow leaner, diheret ke kawasan pokok pisang ketika
balik dari kedai.
Jarak rumah dengan kedai cuma,lebih kurang 300 meter saja. Mangsa berumur 21 tahun. Jarang keluar rumah. Memang jarang keluar rumah pun kerana keluarga bimbang keselamatannya yang lurus bendul. Suka duduk dalam rumah menolong emak ayah sahaja. Anak manja seluruh keluarga kerana sikap lurus bendulnya.
Tidak tahu apa makna perkosa. Tidak tahu apa yang dilakukan oleh lelaki, dan tidak tahu akibat dari pemerkosaan itu.
Disedari mengandung oleh keluarga apabila dia mengadu perutnya keras dan sukar membuang air. Bila dibawa ke klinik untuk pemeriksaan, doktor mendapati telah mengandung 4 bukan. 16 minggu.
Semua keluarga terkejut dan mereka mencari jalan keluar masalah dengan menjauhkan mangsa dari pelaku. Keluarga takut pemangsa masih mengintai intai dan mengambil kesempatan atas mangsa.
Pemangsa tidak dikenali oleh mangsa. Jadi sukar untuk pihak polis melakukan tangkapan dan soal siasat. Sedihkan? Mahu dipaksa mangsa mengingati pun tidak boleh kerana kelemahan ingatan mangsa dan kesukaran mangsa mengenal pasti.
Selama di Baitus Solehah, tingkatan sabar melayan orang begini berganda ganda.
Lurus bendul. Kalau kamu bergurau kata A, maka akan dilakukan A. Cakapnya A. Tindakannya A, tindakan susulan A dan esok dia ulang lagi buat A.
Moga Allah limpahkan kebaikkan sesiapa yang bersabar kepadanya dan memberikan taufik dan hidayah kepada pelaku untuk bertaubat kerana menganiyanya.
Admin,
Mak Liza
baitul solehah
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean