Bukan sesuatu perkara yang pelik lagi apabila melihat pasangan yang berkahwin masih lagi tinggal serumah di rumah mertua. Sebagai menantu perempuan apabila tinggal di rumah mertua pasti mahu mengambil hati ibu mertua.
Tetapi, sebagai menantu perempuan adab dan aurat semasa tinggal serumah dengan keluarga mertua masih perlu dijaga. Setiap tingkah laku dan pergerakkan akan sentiasa diperhati, sememangnya menantu perempuan perlu menjaga batas.
Tetapi, lain pula dengan kisah yang dikongsikan wanita ini apabila menantu perempuan yang tinggal serumah dengan mertua bersikap tidak ada rasa malu langsung berpakaian seksi dan bermesra dengan suaminya secara umum.
“Aku dah kahwin lebih dari 3 tahun, dan baru-baru ini adik ipar aku pula kahwin. Isteri dia kerja agak berjawatan lah nak dibandingkan dengan aku. Sebelum ni, aku dan suami memang duduk di rumah mak mertua, sampailah sebelum adik ipar aku kahwin. Baru kami pindah duduk rumah sendiri.
“Adik beradik suami aku ini semua lelaki, jadi faham-fahamlah macam mana keadaannya bila duduk rumah mak mertua dengan adik ipar yang semuanya lelaki. Aku tak pernah kesah pasal itu, aku dengan suami aku tetap bahagia, walaupun aku penat sebenarnya.
“Sepanjang aku duduk situ, aku basuh baju diorang, aku sidai dan kadang-kadang tolong lipat pula. Kemudian selalu tolong kemas rumah, masakkan pula untuk semua ahli dalam rumah itu. Kadang itu penat tak terkata, mana nak uruskan makan pakai suami dan dalam masa yang sama kena buat juga kerja-kerja di rumah mak mertua aku. Tapi, aku tetap buat dengan sabar. Sebab aku nak jadi menantu yang baik.
“Bab pakaian dan aurat toksah cerita lah. Memang hari-hari aku rasa macam ustazah kat rumah itu. Pakai baju lengan panjang lepas itu bertudung selalu. Punya nak jaga aurat depan adik-adik ipar aku. Kadang itu sampai naik migrain jadinya sebabkan terpaksa tahan panas waktu masak. Bukan nak mengeluh, tapi nak bagitau itulah hakikatnya. Tapi aku tetap terima dan buat kerja aku macam biasa, asalkan mak mertua aku gembira
Ituu belum lagi aku cerita kena berkorban tidur asing dengan suami sebab ada keluarga datang tidur rumah. Tak ada nak privacy sangat pun, dan tak sempat nak bersweet-sweet sangat pun. Lagi-lagi kami memang tak suka sangat nak tunjuk depan orang. Kita saja yang tahu sudahlah. Tak perlu nak tayang satu dunia pun.
“Nak dijadikan cerita, lepas aku pindah rumah, adik ipar aku dengan isteri dia pula yang tinggal dengan mak mertua aku. Dari awal duduk, biras aku itu tak pernah basuh baju kat rumah itu. Selalu sangat aku tengok adik ipar aku angkat bakul baju lepas itu pergi basuh kat dobi. Sampai pelik mak mertua aku. Kemudian satu benda yang aku sangat tak suka, perangai yang tak boleh nak berenggang dengan suami seminit.
“Nanti mulalah nak mengamuk, aku cukup tak suka perempuan macam ini. Macamlah suami kau itu kau punya seorang. Sedangkan dia ada mak ayah , ada adik beradik lain yang ada hak kat suami kita. Jadi, janganlah buat macam suami kita hak milik kita saja, dia pun nak ada masa dengan keluarga dia. Kalaulah biras aku itu macam aku, suami selalu kerja malam/ selalu out station alamatnya meroyan agaknya.
“Tak cukup dengan berkepit, pemalas, lepas itu suka pula pakai ikut suka. Wahai kaum hawa, tolonglah jaga aurat kita untuk suami kita. Walaupun kau rasa adik beradik suami tu macam adik beradik kau, aurat dengan ipar tetap kena jaga. Ni tak, dress tidur yang patutnya kau pakai depan suami kau pun nak pakai depan orang lain. Nak tunjuk kat siapa? Lepas tu pakai minyak wangi semerbak satu rumah, aku rasa mungkin ada lori minyak wangi tumpah kat dia.
“Mungkin biras aku ini jenis yang memang suka nak tarik perhatian orang. Sedangkan adik beradik ipar aku yang lain semua tak berapa berkenan pun dengan perangai kakak ipar diorang itu. Tapi semua buat senyap saja, sampaikan mak mertua aku pun tak tahu tak cakap apa.
“Kemudian, satu hal yang paling aku tak boleh terima iaitu biras aku ini suka menjerit dan gelak mengilai sampai satu rumah boleh dengar. Walaupun dia duduk dalam bilik dengan lelaki dia. Bagi aku, duduk rumah mertua dengan adik-adik ipar lelaki ada kat rumah,lepas itu korang tunjukkan kemesraan tak bertempat itu sangat memalukan.
“Korang bayangkan apa yang adik ipar aku yang lain fikir bila diorang dengar kakak ipar dia gelak ketawa manja dan jerit-jerit dalam bilik. Aku yang dengar pun rasa malu. Lebih teruk lagi bila diorang bersembang, beramah mesra pula dalam bilik air dengan kuat. Aku ulang, dengan kuat ya. Bermakna orang yang tengah tengok tv pun boleh dengar tau. Aku rasa memang istighfar panjang orang dalam rumah itu. Sampaikan nenek suami aku, mak mertua aku tak terkata tengok perangai diorang.
“Apa yang aku nak sampaikan kat sini, bila duduk rumah mertua dan nak jadi menantu kesayangan rajinkan diri bantu dan buat apa yang patut. Masak, kemas rumah, atau basuh baju. Bukannya kau basuh baju kau dan masak makanan untuk diri kau saja, jangan berkira.
“Janganlah over sangat berkepit dengan lelaki kau sampaikan tak ada masa dia nak luangkan masa untuk keluarga dia. Suami kita bukan hak kita sorang tau! Dia pun ada tanggungjawab untuk keluarga dia.
“Jaga aurat, baju seksi, perfume dexandra itu kau pakai dalam bilik sudah lah. Tunjuk kat orang pun bukan dapat apa dan simpan sikit romantik kita suami isteri untuk anak cucu. Jangan duk tayang sangat 1 dunia yang kau itu memang tengah bahagia.
“Nak bergurau, bermanja, hatta mandi sekali pun tak salah. Tapi biarlah bertempat. Lagi-lagi dengan orang luar. Tak perlu nak jerit-jerit manja, cayang-cayang, peluk-peluk depan orang. Walaupun kau baru kahwin and sweet couple sekalipun, tolonglah jaga hal-hal sensitif ini. Boleh muntah orang tengok tau.
“Moga kita semua terpelihara dari sikap macam ni. Hal suami isteri, baik bahagia ataupun duka jangan ditayang depan orang ramai. Bahagia? Bersyukur dengan kebahagiaan yang Allah bagi. Doa supaya Allah kekalkan rasa tu. Jangan nanti Allah tarik nikmat bahagia tu, baru tahu rasa.
“Kalau ada yang berduka, ada masalah rumah tangga, minta tolong juga kat Dia. Lagi satu, kita isteri ini adalah cerminan suami kita. Kalau baik isteri itu, maka baiklah suami dia. Jadi, jagalah pandangan orang pada suami kita. Jangan sampai orang kata suami kita tak reti mengajar isteri,” ujarnya.
Jagalah aurat dan adap anda sebagai seorang menantu dan isteri. Kalau masih lagi mahu bermesra bersama suami sebaiknya tinggal di rumah sendiri dan tidak perlu tinggal serumah dengan mertua. Sikap menantu seperti ini amat tidak manis dipandang, dan sebagai suami perlu menegur tingkah laku isteri dan mendidik isteri tentang agama Islam dengan betul. MissA/UtaraNews.com
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean