KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 bertujuan mengadakan peruntukan untuk keselamatan sosial orang bekerja sendiri dibentang bagi bacaan kali pertama di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mengikut RUU yang dibentangkan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem itu, setiap orang yang bekerja sendiri perlu berdaftar dan membayar caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengikut cara ditetapkan bagi setiap aktiviti pekerjaan sendiri yang dijalankan.
Menurut RUU itu, sesiapa yang tidak mematuhi peraturan itu boleh dihukum dengan denda dan/atau penjara.
“Mana-mana orang yang melanggar peraturan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebih 2 tahun atau kedua-duanya,” menurut RUU tersebut.
Riot berkata RUU itu akan dibaca untuk kali kedua dan ketiga pada sesi ini.
Pada masa ini, keselamatan sosial ditadbir oleh Lembaga Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan hanya melibatkan pekerja yang carumannya dibayar oleh majikan dan pekerja.
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean