'Temuduga buka bra': Prosedur jijik tindas wanita, kata MP
Ahli Parlimen AMANAH-Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menyifatkan prosedur temuduga yang dijalankan Malindo Air untuk jawatan pramugari dengan membuka pakaian termasuk bahagian dalam semasa sesi temuduga, sebagai jijik dan menindas kaum wanita.
Siti Mariah berkata kenyataan pihak Malindo Air yang mempertahankan prosedur itu sebagai 'normal' itu bertentangan dengan nilai masyarakat.
Jelasnya, apa yang perlu dalam skop kerjaya itu sewajarnya lebih berbentuk kemampuan kakitangan memberikan layanan yang munasabah, bukannya semata-mata berketrampilan seksi.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini.
Malindo Air terpalit dalam kontroversi selepas dilaporkan telah meminta calon temuduga untuk menanggalkan baju semasa sesi temuduga pada 11 Mac yang lalu, lapor Malay Mail Online, hari ini.
Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi firma itu, Raja Sa'adi Raja Amrin mempertahankan langkah itu dengan berkata, adalah menjadi hak majikan untuk meminta calon pramugari yang berpotensi untuk mendedahkan bahagian dada kepada penemuduga.
Beliau, bagaimanapun, menjelaskan calon berkenaan hanya diminta untuk menanggalkan baju dan bukannya coli, seperti yang didakwa oleh para pengadu yang menghadiri sesi temuduga berkenaan.
Firma penerbangan mahu melihat jika calon-calon mempunyai apa-apa tanda di bahagian badan mereka kerana pakaian seragam Malindo yang sebahagiannya agak jarang, kata beliau yang dipetik oleh portal berita berkenaan.
Pramugari Malindo Air memakai pakaian seragam sama ada baju putih yang berkolar tinggi atau kebaya putih yang dipadankan dengan kain sarung.
http://www.kinitv.com
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean