Home » » saman RM20 juta terhadap seorang doktor pakar atas dakwaan melakukan kecuaian dalam perubatan

saman RM20 juta terhadap seorang doktor pakar atas dakwaan melakukan kecuaian dalam perubatan


Wanita Hilang Payu Dara Ketika Membuat Pembedahan Di Hospital Serdang|Seorang wanita yang mendakwa kehilangan buah dada kirinya ekoran menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Serdang, hari ini memfailkan saman RM20 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap seorang doktor pakar atas dakwaan melakukan kecuaian dalam perubatan.

Pertemahwadi Isac selaku pihak plaintif menamakan doktor pakar kardiotorasik di hospital tersebut, Dr. Abdul Muiz Jasid defendan pertama dan kerajaan Malaysia defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Pertemahwadi mendakwa, tiga daripada saluran arteri di bahagian jantungnya telah tersumbat dan pada 16 Februari tahun lalu, terpaksa menjalani pembedahan pintasan bagi komplikasi itu di hospital tersebut.

Selain penyakit tersebut, pihak plaintif yang turut menghidap diabetes itu mendakwa, sebelum dibenarkan pulang, dia mengadu kepada defendan pertama, terdapat luka di bahagian dadanya.

Luka tersebut kemudiannya telah dijangkiti kuman dan dia telah pergi semula ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan.

Pihak plaintif mendakwa, pihak defendan telah melakukan kecuaian sehingga dia kehilangan keseluruhan payu dara kirinya sehubungan itu antaranya menuntut ganti rugi am RM20 juta dan ganti rugi khas RM223,487.60 daripada pihak defendan.



http://eberita.org/wanita-hilang-payu-dara-ketika-membuat-pembedahan-di-hospital-serdang/











>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts