GUANGZHOU: Mulanya Liu, 49, menderita sembelit, dia termakan nasihat rakan bahawa rawatan alternatif dengan memasukkan belut hidup ke dalam perut sangat mustajab mengatasinya.
Guangzhou Daily melaporkan, bahkan Liu nekad memasukkan belut hidup itu melalui duburnya.
Bahayanya, bukan sahaja sembelit Liu tidak sembuh, bahkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana belut tersebut terus hidup dan bergerak pada organ dalamannya.
Foto SCMP
South China Morning Post melaporkan Khamis lepas, belut tersebut memiliki kepala sebesar bola ping-pong.
Doktor di hospital Kota Guangzhou mengatakan, perut Liu mengembang seperti belon.
Ya, doktor yang membedah perut Liu dan mendapati terdapat seekor belut berenang di dalam perut lelaki malang itu.
Shanghaiist melaporkan lebih malang lagi, belut sepanjang 50 sentimeter itu turut memecahkan usus mangsa dan menyebabkan beberapa organ lainnya rosak.
Dalam kejadian pada Mei 2010, seorang lelaki di Sichuan maut selepas rakannya bergurau memasukkan belut hidup ke dalam duburnya.
Belut tersebut merosakkan organ dalamannya. – Sarawakvoice
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean