KUALA LUMPUR - "Panjang atau tidak jodoh kami, saya serahkan kepada Allah SWT.
"Dan andai ditakdirkan berpisah, saya reda kerana percaya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya,” kata pelakon Serina Redzuawan.
Serina berkata demikian ketika diminta mengulas berita rumah tangganya dan suami, Gavin Edward atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar yang dikatakan goyah.
Ditanya sama ada dia sudah memfailkan permohonan cerai, Serina enggan mengulas lanjut.
"Kami masih berbincang dan berusaha menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin.
“Maklumlah, bukan mudah perkahwinan membabitkan dua budaya kerana banyak dugaannya.
"Saya tak boleh komen banyak kerana isu ini terlalu sensitif dan saya perlu menjaga nama baik keluarga kedua belah pihak.
"Saya akan beri kenyataan mengenai masalah rumah tangga kami selepas perbincangan selesai," katanya memetik laporan Harian Metro.
Ketika ditanya penerimaan Datuk Chef Wan, Serina berkata bapanya tidak mahu campur tangan berhubung masalah itu.
"Papa cuma bagi nasihat dan minta kami menyelesaikan masalah ini dengan cara terbaik,” katanya.
Dalam kenyataan terdahulu, Serina menafikan rumah tangganya bergolak kerana kehadiran orang ketiga. Pada masa sama, Serina mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik buatnya dan suami.
Serina dan Gavin bernikah pada 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.
http://www.3rasa.com/
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean