Demikian yang dialami oleh salah seorang anggota kumpulan UNIC, Bazli Hazwan Che Osman apabila anak lelakinya, Mohd Syahid, empat tahun menderita kanser kalenjar tahap tiga sejak Januari lalu.
Persembahan pada pentas Gema Gegar Vaganza (GGV) Sabtu lalu dilihat cukup bertenaga namun disebalik keceriaannya itu, Bazli, 33, sebenarnya sedang menahan perasaan kerana sentiasa terkenangkan keadaan anak kesayangannya itu.
Pun begitu, dia harus kuat demi Syahid dan mengalah dengan nasib menimpa anaknya bukan satu pilihan sebaliknya dia harus bangkit dalam memastikan kanak-kanak itu akan pulih seperti sedia kala.
"Dugaan ini memang berat tetapi saya jadikan Syahid sebagai inspirasi dan sebagai bapa saya perlu menggandakan kekuatan demi mengharungi situasi sukar menimpa anak saya.
"Pada saya sabar bukan bererti mengalah atau lemah semangat tetapi ia buat saya bangkit untuk melakukan yang terbaik untuk anak, isteri dan diri sendiri," katanya dipetik mStar Online.
Menyentuh perkembangan anaknya itu, dia menambah pada Disember tahun lepas Syahid kerap demam dan terdapat bonjolan pada bahagian leher
Bagaimanapun kata Bazli, ketika itu doktor memberitahu bonjolan itu adalah beguk dan hanya diberi rawatan biasa.
"Beberapa klinik saya pergi tetapi mereka kata beguk namun keadaannya tetap tidak pulih selain demamnya berterusan.
"Apabila dibawa ke hospital doktor mengatakan Syahid terkena jangkitan kuman dan diberikan antibiotik walaupun kondisinya tetap sama.
"Sehinggalah Syahid dirujuk ke Hospital Sungai Buloh, doktor mengesan ada satu lagu bonjolan dibawah ketiaknya dan mengesyaki ia adalah kanser.
"Pihak hospital terus merujuk anak saya ke Hospital Kuala Lumpur kerana di sana ada pakar kanser untuk kanak-kanak," ujarnya.
Foto: Instagram Bazli
Sambung Bazli, Syahid sudah melakukan tiga kali kimoterapi bagi membunuh sel kanser di dalam badannya dan masih berbaki dua kali lagi rawatan itu.
"Doktor memberitahu bagi memastikan sel-sel kanser itu dimatikan sepenuhnya, Syahid perlu menjalani lima kali rawatan kimoterapi.
"Bagaimanapun jika tidak berjaya, kimoterapi itu terpaksa dilakukan sebanyak lima sesi lagi.
"Apa yang saya pinta adalah doa daripada semua semoga Syahid tabah dan diberi kekuatan mengharungi rawatannya," katanya.
Lebih memilukan, Syahid yang juga menghidap penyakit autism tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik untuk mengadu atau meluahkan rasa sakit dihadapinya.
Kata Bazli, kesan daripada kimoterapi, Syahid akan mengalami ulser pada bahagian mulut, rambut gugur selain badan menjadi panas dan kulitnya bertukar kusam.
"Baru-baru ini dia demam selepas melakukan kimoterapi kali ketiga. Ikut prosedur pesakit kanser, mereka perlu dirawat semula di wad hospital kerana dia dijangkiti kuman.
"Rawatan kimoterapi memang akan menghapuskan antibodi badan dan sekali gus memudahkan seseorang dijangkiti kuman dan Alhamdulillah keadaan Syahid stabil," katanya.
Sumbangan kepada adik Syahid boleh dibuat kepada Mohd Fairul Zainal Abidin (Pengarah Urusan UNICDOTMYPRO) menerusi akaun RHB Bank 1581-8700-0626-40.
http://www.3rasa.com
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean