Home » » kadang-kadang rasa kematian bapa lagi bagus kot. Jangan semak life aku - gadis bertudung

kadang-kadang rasa kematian bapa lagi bagus kot. Jangan semak life aku - gadis bertudung

DASAR anak tidak sedar diri.

Sebuah laman di Facebook menjadi sensasi setelah berkongsi satu status yang dikongsi oleh seorang remaja perempuan yang tidak diketahui namanya kerana ditulis dalam bahasa Korea.




Status yang menjadi tumpuan netizen tersebut berbunyi seperti berikut: “Tak tahu kenapa, kadang2 rasa kematian bapa lagi bagus kot. Jangan semak life aku.”

Berdasarkan kata-kata status itu, nampaknya gadis tersebut bengang dengan bapanya yang sering ‘mencampuri’ urusannya dan mendoakan kematian bapanya.

Status tersebut mengundang kecaman dan amarah daripada pengguna laman sosial yang menyifatkan gadis itu sebagai tidak sedar diri dan tidak tahu dek untung kerana masih mempunyai ibu dan bapa.


Status Gadis Remaja Doakan Bapa Mati Dikecam Netizen

Rata-rata netizen menzahirkan rasa bersyukur kepadanya kerana masih mempunyai bapa sedangkan segelintir orang terlalu rindu akan belaian dan kasih sayang seorang bapa.

Status Gadis Remaja Doakan Bapa Mati Dikecam Netizen
Status Gadis Remaja Doakan Bapa Mati Dikecam Netizen


“Untung kau ada bapak dik…aku ni rindu nak rasa bebelan dari sorang ayah tu..tapi apa kan daya..mak dan ayah aku dah di jemput sang pencipta…jadi anak jangan kurang ajar…sampai satu masa nanti..kau tau la macam mana rasa tanpa kasih sayang sorang ayah,” tulis Muhammad Farhan Dato Tahar.

Manakala Emma Zainin pula, “Hargailah mase ade lagi ni..aku dah takde abah..rindu sangat nak borak nak peluk nak cium nak jalan2 dengan abah..hanya Tuhan je tau.”

“Tolong sampaikan salam kat budak ni…cakap kat die…akak rase macam nak pijak je…baru kau tau ape itu kematian… sila simpan bodoh anda dalam almari,” tulis Zuraini Sedek yang geram dengan status gadis tersebut.

Nasihat kami buat anak-anak di luar sana, sejahat-jahat mana sekalipun orang tua kita mereka tetap ibu bapa kita. Cinta dan kasih sayang mereka tidak pernah akan pudar.

Oleh itu, sebagai seorang yang bergelar anak, hargailah masa dan peluang yang ada untuk menjaga hati dan perasaan mereka, patuh padanya dan bahagiakan mereka.

Jangan sesekali biarkan hati mereka terguris dengan kata-kata dan perlakuan kita, jika tidak mahu menyesal di kemudian hari. Patah tak tumbuh, hilang tak berganti.

Malah harus diingat, hidup ini ibarat karma, apa yang dilakukan oleh seseorang anak terhadap orang tuanya sama ada baik atau buruk, pasti perkara sama akan menimpanya kembali. – MYNEWSHUB.CC


>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts