Ramai kita diluar sana, menjadikan alasan masalah tiada modal sebagai alasan untuk tidak memulakan perniagaan, begitu ramai lagi mentaliti yang menyatakan memerlukan modal besar untuk berniaga.
Walaupun banyak cerita kami pernah ketengahkan, dengan hanya modal kecil ramai sudah usahawan berjaya mampu untuk hidup senang kini berpendapatan jutaan ringgit dari modal yang begitu kecil, bahkan ada yang bangun tanpa sebarang pinjaman modal.
Terbaru, admin tertarik dengan kisah yang boleh dijadikan inspirasi kepada mereka diluar sana, dikongsikan oleh Puan Eida Amaleen, beliau hanyalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa, tetapi kerana tekadnya untuk bangun berdiri atas kaki sendiri, bermodalkan modal sendiri yang kecil, beliau kini mampu untuk hidup senang.
SELAMAT TINGGAL PENDERITAAN..Siapa sangka, dahulu saya hanya berniaga kecil kecilan, pelbagai kisah jatuh bangun dalam perniagaan.
Itu la hakikat hidup saya setelah jatuh bangun dalam perniagaan dan kehidupan saya sebagai ahli perniagaan wanita.
Tiada seorang pun yang mahu memilih jalan derita, saya akui, dahulu kadang-kadang terasa dengan kata-kata masyarakat sekeliling di mana ada yang pandang serong dan mengata kononnya saya hidup mewah hasil tumpang dan habiskan duit suami saya.
Untuk mereka diluar sana yang nak tahu, ya suami saya memang berharta, tetapi untuk pengetahuan semua, saya hidup mewah sekarang adalah hasil titik peluh saya sendiri yang ramai sebenarnya orang tidak tahu.
Bermodalkan wang RM1200 di mana saya telah menggadai barang emas peribadi saya yang ada untuk memulakan perniagaan, bergerak di pasar malam Wakaf Che Yeh sekitar tahun 2012 disitulah saya guna sepenuhnya pengalaman dalam bidang kosmetik sehinggalah menghasilkan produk jenama saya sendiri.
Kisah jatuh bangun saya terlalu banyak untuk diceritakan, perniagaan memang banyak dugaannya, tapi perlulah pegang yang “bukan senang nak hidup senang, tapi kejayaan bukan datang bergolek kepada kita tanpa usaha.”
Walaupan suami mampu memberikan modal kepada saya dalam jatuh bangun saya, tepi percayalah, saya cuba belajar dan tak nak menyusahkan suami agar satu hari nanti saya boleh buktikan pada orang yang saya boleh berjaya.
Dari hasil berniaga tudung (yang tengah meletop kini) saya berjaya mengumpul modal kembali selepas jatuh, dengan hasil jualan itu saya mula menghasilkan produk sendiri.
Ramai yang tidak tahu sekitar tahun 2014 banjir besar melanda Kelantan menyebabkan perniagaan suami saya kerugian sehingga setengah juta ringgit, suami kelihatan sedikit susah, ada mulut-mulut yang menyatakan saya telah mengikis duit suami sehingga dia jadi sedemikian.
Tapi percayalah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang berusaha, saya berjaya keluarkan produk kecantikan pertama saya di mana ianya mula terjual, dengan izin Allah apabila hampir kesemua mereka berjaya menghilangkan masalah dihadapi dan kini produk-produk berkenaan berada di semua kedai jamu seluruh negara dan saya yang mengamalkan sendiri hampir 7 tahun.
Sedikit sebanyak dengan sedikit kejayaan saya ini dapat membantu suami pulih kembali perniagaannya.
Dengan bantuan semangat dari suami, ibu bapa dan adik beradik saya dapat keluarkan lagi produk atas jenama AG BEAUTY… alhamdulillah sudah dipasaran atas talian dan luar. – Eida Amaleen
Bayangkan, beliau hanya seorang suri rumah boleh berjaya, berniaga dari kecil-kecil sehingga mempunyai produk sendiri, inikan kita yang tiada beza dengannya, yang penting adalah usaha dan tekad untuk berjaya. – Siakapkeli.my
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean