MANPREET Singh, telah berusia 21 tahun namun fizikalnya yang pendek, sama seperti saiz bayi berusia enam bulan, telah menjadikannya sebagai tumpuan di Punjab, India.
Penduduk di situ menyifatkan dia sebagai kelahiran semula dewa, menyebabkan rumahnya menjadi tumpuan mereka yang ingin meminta restu.
Keadaan yang dialami oleh Manpreet itu kekal misteri dan gagal dikesan puncanya.
Ini kerana doktor tidak dapat memeriksa Manpreet sepenuhnya disebabkan keluarganya tidak mempunyai wang untuk membayar kos perubatan.
Menurut bapanya, Jagtar Singh, anaknya itu dilahirkan normal namun pembesaran badannya terhenti ketika dia berusia enam bulan. Keadaan yang berlaku itu menjadikan Manpreet sebagai lelaki paling kecil di dunia.
Disebabkan keadaannya itu juga, Manjeet tidak boleh bercakap dan berjalan.
Keluarganya bagaimanapun menerima takdir tersebut dan menyifatkan dia membawa kegembiraan kepada mereka sekeluarga.
“Anak kami tidak dibuli walaupun dia pendek dan kami semua menyayanginya,’’ kata Jaspreet. – MYNEWSHUB.CC
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean