Home » » Pengusaha kuih tradisional jumpa kalimah Allah tertera pada telur

Pengusaha kuih tradisional jumpa kalimah Allah tertera pada telur






KUANTAN, 13 Rejab 1438H, Isnin – Seorang pengusaha kuih tradisional tidak menyangka sebiji daripada telur yang dibelinya di sebuah pasar borong di sini, tertera kalimah Allah.

Nor Saidatul Nadia Mohamad, 29, berkata, dia menyedari tentang adanya kalimah itu semasa sedang memecah telur bersama seorang pekerja untuk menyiapkan tempahan kuih oleh sebuah asrama sekolah di sini, baru-baru ini.

“Pada awalnya saya agak hairan kerana permukaannya tidak rata. Semasa menilik telur itu, saya melihat ada jalur pada bahagian kulit dan apabila diamati, ia sebenarnya kalimah Allah.

“Saya membatalkan niat untuk menggunakan telur itu dan segera mengasingkannya serta menyimpannya dengan cermat di dalam peti sejuk,” katanya semasa ditemui pemberita di rumahnya di Taman Sungai Isap Jaya di sini, hari ini.

Nor Saidatul Nadia berkata, dia tidak memaklumkan sesiapa mengenai penemuan itu, namun mengubah fikiran semalam dengan bercerita kepada anggota keluarganya.

“Bapa saya kemudiannya memberitahu beberapa orang lain. Saya diberitahu ada yang berminat untuk membeli telur itu dengan harga RM100,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak berminat untuk menjual telur itu kerana mahu menyimpannya sebagai koleksi peribadi. – Bernama


http://www.ismaweb.net/

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts