Home » » Kekasih ku 60tahun... aku mencintai seorang lelaki yang berusia 60tahun?dan Ya seorang lelaki yang mempunyai 2 orang isteri

Kekasih ku 60tahun... aku mencintai seorang lelaki yang berusia 60tahun?dan Ya seorang lelaki yang mempunyai 2 orang isteri



sekadar gamabr hiasan

Assalamualaikum.. Boleh kan aku bahasakan diri aku? Supaya boleh masuk terus ke dalam hati kisah yang aku nak sampaikan ni.. Aku berumur 27tahun dan merupakan graduan yang berkerjaya..Terima kasih aku ucapkan sekiranya luahan aku ni disiarkan. 

Aku rasa mesti koramg yang baca kisah aku ni nanti akan kecam aku😣..Sebelum tu cuba fahami situasi aku, apa yang perlukan adalah nasihat membina..Camana erk aku nak mulakan? Baik lah straight to the point, percaya tak kalau aku cakap aku mencintai seorang lelaki yang berusia 60thn? Ya seorang lelaki yang mempunyai 2 oramg isteri & anak2 yang telah dewasa. 

Aku rasa kat dunia ni, mana2 gadis pun pasti ada lelaki idaman masing2... Mana ada perempuan yang angan2 nak dapat jodoh dengan lelaki tua pastu laki orang pulak.. Kalau dulu aku mesti pandang serong perempuan2 yang berlaki tua kena lagi yang berduit.. Mesti aku assume perempuan tu sebenarnya nakkan duit lelaki tu je sampai lah benda ni jadi kat diri aku sendiri.
Untuk makluman, kekasih aku ni berstatus Dato..yes seorang Dato bekas ahli politik.. Tapi sejak kalah dalam pilihan raya 9 tahun lalu dia dah slow down sikit dalam arena politik..Tapi bukan tu yang aku nak highlight kan dalam cerita. 

Baiklah biar aku ceritakan camana aku boleh kenal demgan dia..Lebih kurang 6tahun lalu, masa aku stundent 1st year kat uni tempat aku belajar, course aku ada buat program lawatan ke oversea..Korang faham lah kan, bila buat program lawatan sambil belajar ni mesti nak cari sponsor..So aku merupakan salah sorg AJK yang dipertanggungjawabkan untuk cari sponsor..Masa tu, aku tiba2 terfikir untuk add Dato ni kat fb niat untuk cari sponsor.. Aku kenal dia pun pasal ank perempuan dia yang sebaya aku Sarah adalah ex-schoolmate aku masa kat sekolah menengah dulu.. Tapi xkenal rapat sekadar tahu yang Sarah ni anak VIP.

 Tak sangka pulak Dato tu accept aku kat fb.. Aku pun pm lah dia bagitau niat aku and Alhamdulillah urusan aku dipermudahkan.. Tanpa cakap banyak dia jumpa aku kat uni tempat aku belajar untuk bagi duit.. Aku punya lah gelabah, yelah tak sangka pulak secepat itu dah lah proposal pun belum siap lagi.. Mana boleh mintak duit orang macam tu je kan? Aku bagitau Dato tu, tapi dia cakap takpa ambil saja duit ni.. 

"Sponsor tu you cari orang lain yang ni untuk you pakai" sambil dia tengok aku atas bawah..pertemuan kami xssmpai 5 minit pun, mssa tu aku jumpa dia di carpark dia datang dengan driver dia.. Lepas je dia bagi aku duit dia terus blah.. Aku plak terkebil-kebil kat situ.. Untuk aku pulangkan duit tu pula adalah sangat mustahil pasal dia blah macam tu je.. 

Ya Allah macam2 bermain kat kepala aku masa tu..dah lah masa tu tengah panas cerita Altantuya model Mongolia yang kena bunuh tu.. Aku takut kalau bini Dato tu dpt tau mati aku! Aku takut berakhir macam altantuya..Masa tu aku naif sangat, budak baik lah katakan.. 

Lepas je dari tu, Dato tu rajin call aku.. Tapi aku xlayan.. Aku takut, lagipun aku selalu dengar orang cakap ramai student perempuan IPT ni sebenarnya jual diri bila jauh dari mak bpak.. Aku xnak jadi macam tu pasal mak dengan arwah bapak aku dah didik aku sebaik mungkin hingga ke menara gading.. Tapi bila dah terdesak sangat, duit PTPTN pun dah habis aku beranikan diri untuk layan Dato tu.. Aku start jawab panggilan fon dia.. Nampak sangat yang dia berminat kat aku.. Aku mengaku aku dikurniakan paras rupa yang unik disebabkan aku lahir dari keluarga campuran.. Tapi disebabkan wajah yang cantik ni lah aku selalu dirundung sedih..Aku xpernah bahagia.. Aku dah pandai keluar malam dengan dia, tapi pertemuan kami hanya di dalam kereta saja.. Xsampai setengah jam.. Masa dalam kereta tu mesti dia akan kiss aku ..tu jelah xlebih.. Ya Allah gelinya aku bila lelaki sebaya bapak aku kiss aku..

 Tapi aku tahan je pasal aku terdesak.. Keluarga aku bukan orang senang, masa tu arwah ayah aku asyik keluar masuk hospital.. Aku xnak susahkan keluarga aku dengan minta duit kat diorang.. Aku anak sulung pastu ada adik2 lagi dibawah aku yang masih belajar masa tu.. Tiap kali Dato tu bagi duit aku gunakan sebaik mungkin untuk tampung pengajian aku separuh lagi aku bagi kat mak aku untuk beli belanja dapur & kos rawatan arwah ayah aku. Memang mewah jugak aku masa tu demgan adanya support dari Dato tu.
Bila dah sampai hujung semester.. Cuti sem pun bermula.. So aku pun balik lah ke rumah.. Bila kat rumah aku xberani berhubung dengan Dato tu takut kantoi ngan mak aku mati aku.. Dato tu call pun aku xjawab.. Akhirnya kami pun lost contact macam tu je.. Aku xda pulak rsa frust ke apa pasal aku memang xda feeling lagi kat dia masa tu.. Agak2 lah wei org tua baya bapak kau kot xkan kau nak tangkap cintan kan? 


Dipendekkan cerita aku selalu terserempak dengan dia tapi dia xnampak aku..msa kat trafik light, kadang kat tempat makan..Jodoh kot? Sampai lah 4tahun kemudian msa tu aku dah habis belajar ayah aku pun dah meninggal, satu hari ni kami bertembung di dalam lif.. Masa aku masuk dalam lif dengan kwn aku bila pintu lif dah tertutup baru aku perasan lelaki tua yang berdiri kat belakang aku tu adalah Dato! Ya Allah kalau bleh aku nak keluar secepat mungkin dari lif tu.. Ntah kenapa, pasal aku nak elakkan Dato tu.

. Aku anggap kisah silam aku dengan Dato tu adalah kesilapan besar yang aku pernah buat.. Aku jijik dengan diri aku.. Aku betul2 nak bertaubat..Aku xnak menoleh ke belakang lagi.. Pasal aku nak hidup baik2 memandangkan aku dah bekerjaya meskipun cuma kerja biasa kat syarikat kecil.. Dato tu aku ingat lagi muka dy nampak sangat gembira bila terjumpa aku dy tunggu aku untuk tegur dy dulu mungkin pasal nak jaga status kan, apatah lagi dalam lif kan ada cctv.. tapi sebaliknya aku cepat2 melangkah keluar dari lif tu demgan kawan aku..Ok dengan itu sekali lagi kami lost contact. Stop. 


Setahun selepas pertemuan dlm lif tu, aku dapat kja rezki dalam penerbangan.. Bila ko kerja dalam dunia penerbangan ni, macam2 oramg ko jumpa.. Yes betul! Sekali lagi aku terjumpa dgn Dato tu.. Tapi kali ni aku xmengelak, sebaliknya aku try untuk positif memandangkan kerjaya aku mewajibkan untuk aku bersikap ramah dengan setiap penumpang.. Sekali lagi kami bertukar2 no. fon.
Kali ni Dato tu sedih nampak sangat dimamah usia.. Rambut pun putih.. Dan paling penting dy dah berubah dan tak gatal macam dulu, dy layan aku penuh hormat..Dia banyak melakukan kerja ke jalan Allah.. 

Baik lah sejujurnya aku mengaku, aku nak keep in touch semula dengan dy pasal niat nak jadikan dy kabel untuk aku dapatkan kerja dalam kerajaan.. Sayang aku rasa ada degree tapi kerja airline yang bagi aku cuma menang glamer & tak menjamin masa depan.
Dipendekkan cerita, bila kami dah berhubung semula perasan syg dlm diri aku kat dia semakin bercambah.. Dy ada sifat2 arwah ayah aku.. Dy pun sygkan aku..Nmpak sgt dy sygkn aku bkn semata2 nafsu psal dy sentiasa menahan diri dpd merosakkan aku walaupun mempunyai ruang & peluang.. Aku rsa klau kena kat lelaki lain mmg dah habis aku diratah.. Alhmdulillah shgga skrg aku msih dara! Tanpa sedar kitorg dah jatuh cinta..

 Bila cinta semakin dlm.. Baru kami sedar, sekiranya hubungan kami ini diakhiri dgn pernikahan pasti ramai hati yg terluka.. Isteri2 & ank2nya.. Ibu ku sendiri pasti menentang.. Lagi pun aku xsanggup melihat di usia senja mcmni Dato ni nnt dibenci ank2nya.. Dari sudut pandangannya pula, dia sedar dia tdk hdp lama.. Dia xmau aku menderita sekiranya berkahwin dgn dia psal mendptkn serangan dpd istri2 dan ank2nya.. Kasihan sekiranya kami berkahwin n mempunyai ank.. Di usia kecil ank tu mnjdi yatim, klau tak pun mnjdi bahan ejekan di skolah psal ayahnya sgt tua.. Aku boleh katakan cinta kami sgt tulus.. Tapi cuma terhalang oleh ruang & masa .. Beza usia 33thn faktor halangan terbesar.. Aku lahir terlmbat manakala kekasih ku lahir terlalu awal.. Kami dipisahkan oleh ruang dan waktu.. 

Kalau kalian mengatakan aku sukakan dia disebabkan status & harta benda kalian silap! Ya mmg pd mulanya aku ingatkn dia ni masih kaya mcm dulu.. Tapi ternyata tidak, sebaliknya dia kini mengalami krisis kewangan yg agak teruk.. Korang ingat org kaya tu betul2 kaya ke? Tilam empuk rumah mewah tapi dia tak tdr lena memikirkan segala hutang2..Ni lagi buat aku tambah kesiankan dia...

Dia ada ckp, dia nak aku kawen dgn lelaki yg boleh hdp lama & jaga aku baik2..Psal dia sedar diri dia.. Usia dah lanjut, kemampuan dah kurang.. Tapi dy tetap akan berada di blkg aku smpai bila2.. Dia sedar sedalam mna pun sygnya dia kat aku masih ada insan lain yg lebih layak memiliki aku.. Ya Allah.. KAU permudahkn lah urusan kami.. Knp kau pertemukan kami tapi tdk dpt bersama? 

 Aku dah try utk mengelak dari dy dari dulu lagi psal aku faham dy suami org lagi pun mgkin msa tu niat dy hanya utk sedap2 tapi tetap sja kmi bertemu shgga aku merasakn mgkin kah ini dinamakan Jodoh?? Tapi bila kami dah ikhlas menyayangi 1 sama lain tapi kami xbleh bersama! 😢
Dia seorang suami & ayah yg baik.. Berlaku adil terhadap isteri2 & ank2nya.. Aku tau psal aku pernah stalk media sosial ank isterinya.. Rasa cemburu ada, rsa bersalah pun ada.. Tapi aku sedar aku xbleh cemburu psal aku yg dtg kemudian sdgkn mereka sdh terlebih dahulu wujud dlm hdpnya..
Aku dah try utk buang dy dari hati & ingatan aku..

 Tapi aku tetap xbleh move on.. Ikatan hati antara kami terlalu kuat.. Paling membimbangkan aku, dia dah start sakit2..ya Allah aku xdpt bygkn lebih jauh lagi.. Mcmna aku nak ziarah dia sekiranya dia kritikal di hospital? Mcmna aku nak tatap wajah dy buat kali terakhir sekiranya dah smpai ajalnya? Aku bkn siapa2..bkn org kenamaan.. Hanya seorang gadis penerbangan.. Siapa aku utk aku perkenalkan diri kpd keluarganya? Sdgkn ank2nya berkerjaya hebat.. Golongan professional..para Doktor & arkitek.. Yg sulung tua 5thn sja dari aku.. 

Ya Allah klau diberi peluang, izinkan lah aku utk menjdi isterinya meskipun sekejap saja.. Aku xpernah rsakan kasih syg sebegini tulus.. Dan aku rasakan mustahil utk aku jumpa lelaki yg sebaik dia.. Cuma usia jdi penghalang kami... Aku xtau nak buat mcmna lagi.. Tlg lah aku.. Salam

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts