Video
Seorang lelaki yang sudah berkahwin memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah sepatutnya menunjukan contoh yang baik dan menjadi pelindung kepada keluarganya. Bukannya, melakukan keganasan terhadap isteri di depan anak-anak dan orang awam.
Baru-baru ini, telah tersebarnya sebuah rakaman video yang memaparkan seorang suami sedang membelasah dan melanyak isterinya yang tidak berdaya sambil disaksikan oleh anaknya yang masih kecil. Kanak-kanak itu cuba memberhentikan perbuatan ayahnya tetapi gagal. Apabila melihat kejadian ini, hati penulis terasa sayu kerana wanita itu diperlakukan sebegitu dan anaknya pula terpaksa menyaksikan kejadian itu.
Hakikatnya, ianya memberi impak yang sangat besar kepada anak itu. Yang menghairankan adalah orang awam di sekeliling tempat itu hanya mampu melihat dan tidak berbuat apa-apa untuk membantu wanita dan kanak-kanak itu. Lokasi kejadian masih tidak dapat dikenalpasti. Jika kejadian sebegini berlaku di Malaysia, penulis pasti masyarakat muhibah di sini tidak akan berdiam diri dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu.
-pru14.tv-
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean