Home » » akibat sakit hati pada bakal isteri exsuami saya menyihirkan dirinya tapi sihir tu berpatah balik pada saya kerna

akibat sakit hati pada bakal isteri exsuami saya menyihirkan dirinya tapi sihir tu berpatah balik pada saya kerna



Salam admin tlg hidekan profile sy.
ISTERI, SUAMI, ORG KETIGA. 

Sy seorg isteri dan suami sy curang.. dan org ketiga wujud disni. Mmg kita selalu salahkan suami sbb dia curang bila ada ppuan lainkn? hakikatnya sy isteri berfikir apa kurangnya sy? Mmg tiada manusia yg sempurna dan dia harus menerima sy seadanya. Tapi sebenarnya kita salah utk terus2 menghukum lelaki 😧. Knp? Hmmm jgn kecam2 lg ok. Sy explain ni... kerana mungkin lelaki itu sdh tidak punya hati dgn kita. Tapi knp dia tidak ceraikn kita? Sb dia fikir psl anak2 sb dah kebiasaan ibu2 akan bawa anak2 sekali. Sy cuba memahami situasi jadi suami sy mahu pergi sepatutnya sy lepaskn dia tanpa ugut anak2 lg kerana anak2 tetap darah daging kami. Hati sy pedih knp dia buat sy bgni.. 


lebih pedih kerana dia tidak mencintai sy lg. Dia berhak bebas dan mdptkn kebahagiaan dia jg.. dan sy redha dan terus berubah ke arah kebaikan akan dtg in shaa allah. Sesudah sy lepaskan suami sy kpd org ketiga tu, baru la sy sedar knp suami sy cintakn ppuan tu. Kerana ppuan tu sedia ada segalanya.. sebelum ini sy memaki hamun dan apa saja ayat keluar dari mulut sy utk ppuan tu semuanya syaitan,pelacur,sundal.. €¥&(;:$^#! Perampas laki org!! Sy benci dan sy tahu semua wanita d luar sana mesti ada ckp bgni kan😉.

 Sbnrnya kita silap.. bukan salah ppuan tu utk jatuh cinta dgn suami kita. dia pun wanita biasa mcm kita.. soalnya di sini suami yg telah memulakan semuanya. Lelaki yg BERSALAH 🔫. Sambung cerita sy.. bukan sy nak back up org ke3 ni, sy sndri pun sakit 😤. Tapi apa yg sy fikir dan rasakn semuanya salah.. Sy pernah doakan jika suami sy bkahwin dgn ppuan tu mereka tak akan bahagia.. hakikatnya kejadian di sebaliknya mereka sgt2 bahagia. Dan sy terfikir senyuman dan ketawa suami sy hanya kelihatan bila dia hidup bsama ppuan tu. Siapala tak sakit hti kan 🔪. Tapi at least sy tidak bdosa kerana tidak memaksa suami sy utk bsama2 dgn sy lagi. Yala sdh tiada rasa cinta.

. dan kasih syg, hanya anak2 jadi alasan utk teruskn hbungan. Lama kelamaan sy sdh tidak kisah psl suami. Selama mereka kahwin sy cuba selidik ada apa dgn ppuan tu knp suami sy tgila2kan dia. Last2 kwn bg cadangn jumpa bomoh, bomoh tu ckp mmg si suami cintakn ni ppuan dari hati.. hati ok💣? Atas hasutan syaitan.sy myuruh bomoh tersebut bomohkn tu ppuan. Menurut tu bomoh,sihir ni yg baik punya.. tidak akan mengapa2kan dia, ini hanya utk memberikan rasa benci dan kurangkan rasa syg ppuan tu dgn suami sy. 

Lalu sy setuju. Tapi hakikatnya mereka tidak apa2, malah semakin hari bahagia. Tapi hidup sy seperti tidak keruan.. rupanya sihir itu berbalik ke sy sndri. Sy dpt tahu lepas dari seorg kwn membuat rawatan secara islam ke sy. Sy tak mengaku pd mulanya.. sy ckp yg sy mungkin sdh di sihir tapi akhirnya ustazah tu ckp yg sbnrnya sihir tu sy sndri yg kena oleh diri sndri. Masha Allah... punya la sy tkejut masa tu. Akhirnya sy mgaku . Dan sy bertnya kpd ustazah knp sy kena? Ustazah tu ckp ppuan itu nmpk dari luarannya bukan siapa2,

 tapi ppuan itu seorg yg baik hatinya dan bersolat.. Ya Allah mengalir 😭air mata sy masa tu sbb ppuan sy kenal tidak bertudung pun, sedangkan sy yg bertudung tidak solat. Jadi masa itu sy selidik🔍 latar blkng ppuan melalui fb dan kwn2 dia, akhirnya sy dpt tahu knp suami sy cintakn dia. Apa yg ada padanya tidak ada pada sy itu sy akui. Dia mmg seorg yg periang, penyayang dan suka buat amal jariah. Pernah dulu sy terbuka whatsap suami sy ada mesej " Slm. Jgn lupa bersahur nnt :sent 3.40am." Sahur?

 Sedangkn bukan bulan ramadhan masa tu.Sy delete msg. Nama d whtsp jannahku.. dupdap2 hati sy masa tu 😤. Sy ingat kembali, suami sy mula bsolat dan ajak sy sekali tapi sy selalu penat balik dari keja. Suami sy cuba menjadi lebih baik tapi sy tidak beri muka sb sy kenal dia siapa lagipun sy fikir dia berlakon. Rupanya saat2 inila suami sy kenal ppuan tu dan suami sy berubah mnjd seorg baik. Hari bganti hari, tahun demi tahun.. suami sy tetap bahagia dgn ppuan tu. Sy pula mndpt kesembuhan dari rawatan syifa ustazah. dalam sy bersedih sy gembira jg kerana bekas suami sy tidak sperti dlu lg.. 👀 Serius ni. Dia benar2 cintakan ppuan tu bukan kerana dia d jampi atau kerana nafsu. Mungkin sdh tiba saatnya suami sy di beri peluang kali kedua utk menjadi org yg lebih baik lalu di temukan dgn org baik2 jg (positive jela). 

Sy mmg jahil kerana tidak mengenal huruf2 al quran 😳, bukan saja jahil malah menyalahkan suami sy tidak mendidik sy ajaran agama. Sedangkn sy sendiri tidak mahu berubah, tiada guna mengharapkan suami mnjd pembimbing sedangkn sy sndri bgni rupa. Anak2 kami seperti biasa, bekas suami sy tetap mjlnkn tggjwb sbgi seorg ayah. Anak2 sy jg sukakn tu ppuan mungkin sbb karekternya yg sweet2 tu membuatkn anak2 sy suka kat ppuan tu. Sy biarkan saja..

 dan setiap mlm sebelum sy balik dari keja anak2 akan d rmh bekas suami, ppuan tu ajar mengaji. Bukan itu saja anak sy ckp mami (ppuan tu anak sy panggil mami 😂 adehhh) dia pandai buat nasi jadi kartoon2. Bila sy tnya mcm mn tu.. anak sy explain nasi
Bila sy tnya mcm mn tu.. anak sy explain nasi ada mata mulut rambut. Huh begitu gigih dia supaya anak sy selera mkn. Yalah anak sy kurus2.. skrg dah ok pula aduiii. 

Agak2nya inila ciri2 seorg isteri yg suami sy mahukn. Pernah sekali dua sy berjumpa dgn tu mami aah.. 😂 dia simple saja.. lipstick 💄saja dia pakai itupun ala kadar, kening tidak bercukur... sy tgk atas ke bawah dia mmg cantik jg lah 😈. Banding dgn sy yg kening sdh terangkt d lukis2, dan berabis kelihatn bergaya. Sy pula rasa over2 make up ni 😤. Lepas tu barula sy tahu satu bnda lg, ini mami berpelajaran jg.. kerja pun ok. Sy pula yg rasa tersaing.. terbalik dah.

 Sy yg jelous dgn dia... tapi utk ex sy tu mmg sy tak maukn dia lg lah. Tapi mereka makin sweet hmmm Ex sy pula tu makin sihat dan hensem. (Mungkin sbb isteri pandai jaga suamila tu.. 😈😈). Memang sy dpt rasa ini mami mmg terbaik utk ex.. (tiada apa ble d gmbrkn bila melihat org yg pena kita syg bahagia bsama org lain 😭😭😭😭😭😭😭) tapi hati sy sudah redha atas ketentuan ini.

Sy bukan nak myokong org ketiga ni.. satu hal cinta itu tak boleh di paksa. Meski mcm mn pun kita sdh berkorban utk suami kita, bila sdh ada yg ketiga bermakna dia bukan utk kita lg. DAN.. tidak semua org ketiga seperti ppuan ini (mami... 😂). Kpd ibu2 yg asyik ugut suami tu bawa lari anak apala.. tiada gunanya.. 

 semakin berdosa mahu pisahkn anak dgn bapa. Tapi biarkan saja, yg berpisah isteri dan suami kan 💑 💔? Yg sebenarnya kita isteri ni tidak dpt terima kenyataan sb suami buat bgtu.. tapi percayalah Allah itu mempertemukan kita semua ada sebab bukan suka2. Seperti sy bertemu dgn ex.. ex bertemu dgn triple x.. hihi org ketiga tu lah. Mereka pun mungkin tidak tahu knp jatuh cinta biarpun pada suami org atau isteri org. Sbb cinta itu buta kabur2 mcm pakai spek 😎. Mungkin jg tiada niat merampas tapi terpaksa kelihatan seperti itu atas dasar cinta. 

Tapi lagi sedih jika ada lelaki yg mengaku bujang lalu mempermainkn hati org lain.. kalau eya pun mgaku saja la diri tu suami org ok. Sy pula ni tetap move on dan sy yakin ada jodoh sy di hari akan dtg... lagi satu tak baik dendam. Mereka bukan merampas tapi suami yg relakan diri. Lagi satu dlm krt ni majority ckp isteri yg tggung suami, isteri lebih berkerjaya.. tak baik la fikir bgtu jgkn. Ikhlas2kanlah hti dlm memberi tu.

 Paling ramai isu curang2.. cuba fahami knp suami atau isteri curang, jgn asyik terus gaduh ja. Kalau tak ble settle lepaskan ja mcm yg sy buat skrg.. TAPI jgnla jumpa bomoh2 ye hihi.. kpd itu mami 😂 terima kasih sb kamu wujud sedikit sy sdh berubah dan sedar knp suami sy tidak maukn sy lg. Suami sy sdh mcuba terbaik utk sy,, mungkin sy yg degil dan tidak melihat dia sbgi suami sbb berfikir sy yg berduit, kerja.. tapi bila si mami wujud dia lebih dari apa yg sy ada tapi tetap anggap suami adalah pemimpin keluarga. Sy sedih jg ni 😭 sbb suami buat bgni tapi apa nak buat dia tidak cintakn sy lagi. 

Tapi sy positif saja be friend sama ex.. No no ! Tak mungkin. Sy biasa2 sajalah kan...😊. oklah yaa kpd yg komen2 di bawah nnt sy baca k, so mohon kpd yg pakar2 sekalian bahaskan isu yg sy nyatakan di atas ni yaa. Cinta itu bahaya.. lebih baik di cintai daripada mencintai.
Assalammualaikum wbt.

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts