Home » » selepas guna produk ini, Suami saya komplen kenapa badan sayang sejuk nak bersetvbuh pun tak ada mood

selepas guna produk ini, Suami saya komplen kenapa badan sayang sejuk nak bersetvbuh pun tak ada mood

Selepas video seorang gadis bernama Bella viral di laman sosial pada Mei lalu kerana membuat laporan polis mendakwa produk pelangsingan badan yang dibelinya ‘tidak panas’, terbaharu muncul sebuah lagi video ‘iklan produk’ mengundang reaksi pelbagai dalam kalangan pengguna Facebook.



Menerusi video tersebut, seorang wanita ‘mengadu dan ‘mahu menyaman’ sebuah syarikat produk kecantikan dan kesihatan mendakwa produk yang digunanya sebelum ini tidak memberikan kesan seperti yang dijanjikan.

Video berdurasi 2 minit 54 saat itu dikongsi di laman Facebook yang sehingga kini ditonton lebih 340,000 kali.

Dakwa wanita tersebut, selepas menggunakan produk itu suaminya hilang ‘selera’ kepadanya, selain dia turut mengalami kesan sampingan seperti suara serak, berat badan meningkat dan kulit kusam.

“Suami saya komplen (mengadu), ‘kenapa badan sayang sejuk, tidak ada khairah (ghairah), dan tidak ada kemesraan, nak ‘beromen’ (bersetubuh) pun tak ada mood,” kata wanita itu, yang dianggarkan berusia lingkungan 40-an dalam rakaman tersebut.

Wanita tersebut yang lengkap bersolek tebal dan memakai persalinan berwarna kuning dan biru dilihat seolah tidak segan silu berkongsi masalah dia bersama bersuaminya sehinggalah segalanya berubah apabila dia menemui satu produk.

Selain berjaya meningkatkan nafsu suami, dakwanya lagi produk yang dikenali sebagai Jus Khazanah itu mampu membuat dirinya sihat dan kekal cantik.


"Selepas minum... dijamin! Badan makin lega, hubungan suami isteri makin mesra. Dia (Jus Khazanah) akan membuatkan kita lebih cantik, hilang parut, rambut tak gugur, sakit sendi...,” kata wanita itu dengan nada bersemangat.

Bagaimanapun, iklan ‘terlampau’ yang disifatkan berunsur lucah itu dikritik teruk oleh pengguna Facebook.

“Orang Malaysia punya marketing produk kecantikan, macam sudah tiada maruah. Dia punya produk semua boleh lawan kuasa Tuhan. Itulah produk kecantikan Malaysia. Tambah-tambah dalam rancangan jom singgah...,” bidas pengguna Facebook, Ain Nain.

“Tengok makcik ni, beriya mahu kembalikan keremajaan, siap nak tangan lembut kalau laki (suami) pegang teringat-ingat cepat balik awal. Dia tahu tak muka dia itu yang buat laki dia hilang nafsu,” tambah Jumeirah Jane.

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts