Berat mata memandang berat lagi bahu saya nak memikul rasanya..saya Cuba bersabar dan cuba redha atas apa yang terjadi pada saya tapi saya rasa sangat menyakitkankan..
Saya baru berkahwin dalam sebulan lebih..apa yang menyedihkan saya selepas 3 minggu kami d ijab suami saya ke siam dan kahwin seorang lagi..selama sebulan dia x msj dan x ambik tau pasal saya..selepas saya tau tentang pernikahan dia kat siam dia suruh saya sabar dan terima isteri muda tu..dia mintak saya bermadu yang konon2 nanti saya dapat payung Emas..
Sampai sekarang saya masih bersabar,untuk pengetahuan semua suami saya telah menipu isteri muda bahawa dia duda sedangkan sebulan baru kami nikah..
Saya pernah fikir untuk berpisah.. Tapi lepas tu saya Cuba terima madu saya..saya tau penceraian x segalanya tapi sekarang saya x mampu untuk bermadu..
Jika ada wanita yang bermadu dalam krt boleh bagi nasihat atau patut ke saya mintak berpisah jer..
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean