Home » » Magnet Hiasan Peti Sejuk Boleh Menyebabkan Kanser?

Magnet Hiasan Peti Sejuk Boleh Menyebabkan Kanser?




Baru-baru ini muncul kembali artikel yang mengatakan kononnya magnet hiasan peti sejuk (decorative fridge magnets) boleh menyebabkan kanser. Artikel itu menyebut bahawa sekumpulan penyelidik dari Princeton University (US) telah membuat penemuan menakutkan yang mana magnet perhiasan ini boleh menyebabkan kanser apabila makanan di dalam peti sejuk terdedah kepada medan elektromagnetiknya. Rujuk petikan di bawah:

Pada dasarnya, artikel ini adalah mengarut dan tidak berasas sama sekali. Kajian dari Princeton University itu tidak wujud dan tiada laporan atau kertas kajian seperti itu pernah diterbitkan. Malah, tidak ada sebarang penemuan seperti itu dilaporkan dari mana-mana universiti terkemuka di seluruh dunia. Kami telah membuat rujukan di Google Scholar dan tidak menemui sebarang sumber yang menerbitkan mahupun menyebut tentang kajian tersebut. Yang pasti, artikel yang kami terima di atas sebenarnya adalah terjemahan kepada artikel berbahasa Inggeris yang sama yang tersebar sejak beberapa tahun lepas.

Perbincangan:

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa magnet-magnet hiasan ini boleh memberi kesan radiasi ke atas makanan di dalam peti sejuk, apatah lagi sampai boleh menyebabkan kanser. Beberapa fakta yang perlu ditekankan di sini:

    Magnet kekal tidak menghasilkan radiasi.
    Medan magnetik bagi magnet kekal adalah amat kecil.
    Banyak komponen di dalam peti sejuk yang menghasilkan medan elektromagnetik yang lebih kuat.
    Sayur dan makanan tidak dipengaruhi oleh magnet.

Kita perlu faham bahawa magnet kekal berbeza dengan elektromagnet. Magnet kekal yang terdapat pada magnet hiasan peti sejuk adalah amat lemah. Kalau digegar pintu peti sejuk, pasti ada yang akan jatuh ke lantai. Itu menunjukkan tarikan magnetnya yang lemah dan medan pengaruh yang kecil.

Kajian berkenaan pengaruh magnet dalam menyebabkan kanser memang sudah banyak dijalankan. Tetapi selepas lebih 500 kajian dalam tempoh lebih 20 tahun, masih belum ada penemuan yang betul-betul konklusif yang membuktikan magnet boleh menyebabkan kanser.

Kalaupun ada kaitan bahawa magnet boleh menyebabkan kanser, ketahuilah bahawa kita banyak terdedah kepadanya berbanding memakan makanan yang “dipengaruhi” magnet! Contohnya, penggunaan telefon bimbit, headphone, mesin basuh, penyedut hampagas dan sebagainya. Malah, pintu peti sejuk itu sendiri ada mengandungi magnet (bagi menghasilkan ruang kedap udara).






>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts