SUBANG JAYA – Perbuatan keji seorang pemotong rumput akhirnya terbongkar apabila seorang remaja perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU) mengadu kepada ibunya dia dirogol lelaki itu di rumahnya di sini, tiga minggu lalu.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa berusia 18 tahun dikatakan tinggal bersendirian di rumah manakala ahli keluarganya yang lain keluar ke pasar.
Sumber berkata, remaja itu mengadu perbuatan jijik lelaki warganegara Bangladesh kepada ibunya kira-kira jam 8 malam, Jumaat lalu sebelum wanita berusia 42 tahun itu membuat laporan polis.
Menurut sumber itu, ketika kejadian mangsa sedang membersihkan kawasan luar rumah mendakwa suspek menolaknya masuk ke ruang tamu rumah kira-kira jam 12 tengahari, 9 April lalu.
Katanya, suspek merabanya dan terus merogol mangsa meskipun remaja berkenaan cuba melawan.
“Mangsa cuba menolak suspek tapi tidak berjaya. Selepas ‘selesai’ dengan perbuatan jijiknya suspek berpesan kepada mangsa supaya tidak memberitahu hal tersebut kepada ibunya,” katanya.
Sumber berkata, mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, kejadian itu adalah yang pertama berlaku kepada mangsa.
“Bertindak atas laporan, polis menahan lelaki berkenaan di SS19, Subang Jaya, malam Jumaat lalu.
“Dia dibawa ke Hospital Serdang kerana mengalami sesak nafas dan kes disiasat di bawah Seskyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean