Home » » Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim Merindui Anakandanya di Istana…

Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim Merindui Anakandanya di Istana…

Dunia tahu, Azrinaz menyimpan rindu yang bukan kepalang kepada dua permata hatinya

Artikel Asal: Majalah InTrend
Gambar: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim / Brunei Royal Family




SUARANYA commanding namun lembut, sajak sama personalitinya. Jika dahulu segan sama Azrinaz, kini apa yang boleh dirangkum mengenai wanita ini adalah dia teguh, cekal, berani dan berwibawa. Tiada rasa meninggi diri mahupun elitist, she is just like every other person out there yang cuma mahu mencari perkara yang bisa bikin dirinya bebas dan tersenyum, yes Azrinaz Mazhar Hakim is finding her happiness, one day at a time!






Yang pasti, kerinduan seorang ibu terhadap anaknya telah lama terpendam. Ternyata apa yang dialami Cik Puan Azrinaz ini boleh dirasai oleh mana-mana manusia yang bergelar ibu. Cik Puan Azrinaz dilihat melepaskan rindu kepada dua anakandanya menerusi beberapa muat naik foto di media sosial.




Tidak rindu dunia penyiaran televisyen?

Ada masanya rindu itu datang menjengah, tapi naluri Naz lebih kepada laporan lebih serius yakni sebagai wartawan. Kala masih aktif bersiaran, my strength was in broadcast journalism terutamanya kala beri laporan lintas lansung dari lokasi. Naz belajar untuk sentiasa fokus dan sharp kala beri laporan. Sangat berbeza sama tugasan di studio yang berteraskan bacaan skrip.


Ada juga tawaran yang Naz terima daripada beberapa rancangan namun dengan jadual kerja yang ambil banyak masa Naz, rasanya tidak kerana Naz tidak gemar terima tawaran sambil lewa dan tidak beri sepenuh komitmen.

I don’t like to do things half way, when I take on a responsibility, I make sure I do everything from scratch, bermula daripada penyelidikan awal hingga sudah. Tapi mungkin sebagai jemputan Naz akan pertimbangkan. Penyiaran kini cuma sekadar hobi dan bukan yang utama.


Kini lebih aktif muncul di acara fesyen dan sosial, lebih terbuka bertemu orang?

Dahulu Naz lebih gemar low profile, tapi kini mungkin Naz lebih mudah dilihat di acara. Namun tidak semua jemputan akan dihadiri, pilih mana yang bersesuaian dan apa tujuan utama acara itu. Sekiranya majlis berkaitan fesyen, kehadiran Naz sekadar beri sokongan pada rakan-rakan pereka yang sering hasilkan busana Naz.




Begitu juga untuk acara sosial, I am very selective of people I give my time for. Seperkara lagi yang buat kehadiran Naz lebih disedari adalah kerana kuasa media sosial apabila teman selebriti atau penyokong datang untuk berfoto dan dimuat naik ke Instagram dan sebagainya. Impak media sosial memang cukup kuat!

Bersedia terima kata nista?

Sejujurnya kata-kata tidak enak dan negative remarks ini sejak dahulu sudah muncul, bukan hanya pada kala Instagram ini, penulisan di laman blog banyak yang menjatuhkan dan mengguriskan perasaan. Rasanya Naz sudah pun lali, dari zaman bertugas sebagai wartawan media penyiaran dan kala masih berkahwin.




Kita tidak boleh jangkakan semua orang sukakan gaya dan pendirian kita namun harus tahu bahawa we also can’t and won’t be able to please everybody, itu kan lumrah alami? Mata mereka sudah dikaburi hati yang membenci dan busuk yang sekiranya kita berlaku baik dan beramal jariah sekalipun mereka boleh mencari sisi negatif, semuanya hadir dari hati.

My immunity level has increased throughout the years tremendously, what doesn’t kill me makes me stronger. Kadangkala lucu apabila mendengar orang yang langsung tidak kenali Naz namun berbicara persis sudah kenal rapat.

Dikhabar sombong dan tidak mudah didekati, komen?

Mungkin ada benarnya, I keep my circle tight dan memilih sama mereka yang dipanggil teman. Pun begitu, Naz mesra apabila sudah rapat dan bisa kenali the other side of me yang orang ramai tidak kenali. Bukanlah menyombong, tetapi lebih berhati-hati. Naz tidak berbual sama orang yang tidak dikenali dan pastikan orang yang baru itu tidak punya agenda dalam berkenalan sama Naz, no opportunist dan mencari kepentingan.



Kalau mahu tahu siapa sebenarnya Azrinaz Mazhar Hakim, soalkan kepada teman-teman rapat dan usahlah menjadi juri kalau belum mengenali, I like to do silly and free things when I’m with my friends, ia satu ruang selesa untuk Naz jadi diri sendiri.


PABILA disoal jika dia rasa pelik dan jelik jadi buah mulut orang, jawabnya ringkas, “I am really good at ignoring people...”

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts