KUALA LUMPUR – Wanita Malaysia yang berusia 40 tahun ke atas didapati lebih banyak melakukan seks, terutama selepas menopaus, kata Perunding Pakar Urologi, Profesor Dr. George Lee.
Menurut portal tempatan The Star, Dr. George menjelaskan bahawa antara sebab utama adalah kerana wanita usia tersebut sudah pun menopaus atau mengalami putus haid sekali gus tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan.
“Pada kelazimannya, lelaki tidak selesa memakai kondom di zakar, dan wanita tidak mahu mengambil pil kawalan kelahiran kerana mereka takut berat badan naik. Faktor-faktor ini akhirnya menjadikan seks sedikit ‘berisiko’.
“Justeru untuk mengatasi keadaan, kebanyakan pasangan berkahwin biasanya mengelakkan hubungan seks sama sekali, dan itulah yang berlaku kepada begitu ramai pasangan pertengahan umur di Malaysia,” kata Dr. George.
Ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Apa Hakikat Tabiat Seksual’, beliau berkata meskipun ramai menganggap bahawa wanita tiada nafsu syahwat selepas menopaus, sebenarnya kehidupan seks mereka boleh dipertingkatkan.
“Apabila wanita telah putus haid, wanita berasa lebih yakin untuk bersetubuh. Mereka melepaskan rasa keinginan berasmara di ranjang yang cukup tinggi dan menikmati seks lebih kerap dengan pasangan,” jelas Dr. George lagi.
Beliau berkata, wanita yang lebih tua juga kurang cenderung untuk memikirkan perkara-perkara kecil termasuk bimbang mengandung tanpa dijangka seterusnya membolehkan mereka ada banyak masa lapang untuk berjimak.
“Dalam satu kajian yang kami lakukan pada ranking seks dalam senarai keutamaan hidup, didapati bahawa wanita meletakkan kedudukan seks pada tangga ke-14 daripada 17, dengan 17 sebenarnya adalah status kurang penting.
“Ini jauh berbeza untuk lelaki yang menilai amalan seks sebagai kedudukan lapan daripada 17,” kata Dr. George sambil menjelaskan bahawa ini adalah kerana secara amnya, wanita berasa bimbang lebih daripada lelaki.
“Mereka banyak fikir tentang isu wang perbelanjaan dapur, pelajaran anak-anak, keadaan rumah, apa menu untuk dimasak dan lain-lain sehingga tidak terlintas mengadakan hubungan kelamin dengan suami pada waktu malam.
“Jadi apabila mereka lebih tua, anak-anak sudah berada di universiti manakala isu kewangan semakin stabil, sekali gus wanita lebih mudah bernafsu untuk menikmati hubungan seks,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean