PELAKON jelita Nelydia Senrose menjadi tumpuan rakyat Malaysia semalam apabila heboh menyatakan satu waran tangkap telah dikeluarkan pihak mahkamah terhadapnya.
Ia berikutan bintang berusia 23 tahun itu gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Susulan laporan itu, Neldia menerusi laman Instagramnya dilihat telah memuat naik foto resit pembayaran cukai kepada LHDN bertarikh 4 April 2017, seolah-olah tampil mempertahankan dirinya.
“Ini resit pembayaran cukai pendapatan
bertarikh 4 April 2017,” tulisnya.
Bagaimanapun, menerusi gambar resit yang dimuat naik itu difahamkan ianya hanyalah untuk taksiran 2013.
Sementara, resit bayaran bagi tahun taksiran 2009, 2010, 2011 dan 2012 tidak ditampilkan bersama. Tidak diketahui sama ada, ianya telah dilangsaikan atau belum.
Perkongsian Nelydia turut menimbulkan perbalahan antara peminat apabila ada mendakwa kesalahan pelakon Setia Hujung Nyawa itu bukan disebabkan tidak bayar cukai sebaliknya tidak hadir prosiding mahkamah.
Semalam, Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor ekoran gagal mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu bermula 2009 hingga 2013.
“Saman sudah diserahkan kepada tertuduh dengan sempurna pada 11 April lalu mengkehendaki tertuduh hadir sesi sebutan kes pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam tetapi tertuduh atau wakil gagal hadir,” kata LHDN menerusi satu kenyataan media.
Berikutan ketidakhadirannya itu, Peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh dan dibenarkan oleh Majistret Sarulatha Paramavathar.
Difahamkan, Nelydia kini sedang bercuti di London. – MYNEWSHUB.CC
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean