sekadar gambar hiasan
Tindakan seorang guru sebuah tadika di negara tembok besar ini memuatnaik beberapa keping gambar pelajarnya ke laman sosial dalam keadaaan berbogel telah dikecam netizen.
Guru yang dikenali sebagai Ma berkata, tindakan yang dilakukan olehnya itu adalah merupakan salah satu aktiviti dalam pengajaran pendidikan seks di mana ia akan membantu mereka untuk belajar tentang erti kehidupan.
Memetik Sina News, guru itu telah memuat naik gambar tersebut di laman WeChat kerana merasakan gambar kanak-kanak tersebut comel.
Menurutnya lagi, pelajar lelaki dan perempuan turut diasingkan bagi menghormati privasi kanak-kanak tersebut.
Bagaimanapun tindakan itu ternyata mengundang pelbagai reaksi yang negatif berbanding positif apabila diketahui oleh ibu bapa pelajar di mana mereka menyatakan rasa kecewa dan terkejut selepas melihat foto anak mereka dalam keadaan berbogel tersebar di laman sosial.
Ibu-bapa tersebut kemudian menuntut penjelasan pihak sekolah dan meminta supaya guru yang terbabit dipecat.
Netizen turut melahirkan rasa pelik dan menyoal mengenai sistem pendidikan yang diamalkan.
Sementara itu, guru serta pengarah tadika itu memohon maaf di atas insiden tersebut, namun status sama ada guru tersebut dipecat atau sebaliknya masih belum diketahui.
Sumber : SK
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean