Netizen seakan tak percaya dan terkejut dengan satu video viral pekerja KFC didakwa memijak ayam.
Dengan kapsyen memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati apabila mengunjungi restoran KFC.
Dalam video itu, seorang lelaki dengan but putih memijak-mijak ayam di dalam sebuah peti. Bagaimanapun, tiada petanda menghubungkan video tersebut dengan pekerja KFC.
Bagi menyokong tuntutan, ramai melaporkan isu ini dengan melampirkan imej seorang lelaki memakai pakaian pekerja KFC – walaupun kemudiannya didapati bahawa tidaklah berkait sama sekali.
Setelah kajian lanjut, didapati bahawa video itu pada mulanya dikongsi di Youtube pada bulan Mei tahun ini, dan tiada kena mengena dengan KFC.
Video yang asal bertujuan untuk mendedahkan bagaimana kilang di Poland mengeluarkan ayam mereka, yang didedahkan oleh laman Daily Mail.
http://mediareporterr.blogspot.my
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean