sekadar gambar hiasan
Mohon admin hide kn profile saya..
Salam semua warga KRT..saya dan suami adalah kakitangan awam..usia perkahwinan kami akan memasuki 5tahun..ujian hidup sy teramatlah berat utk ditanggung..ketika dan saat ini hati sy sudah kering..
Ceritanya begini..suami selalu outstation atas urusan kerja..semuanya berubah apabila suami terjebak dgn mesin kuda atau judi online ketika saya habis pantang anak pertama kami tahun 2013..berbelas ribu dihabiskan untuk kali pertama berjudi mesin kuda..mulai saat itu, suami sangat taksub berjudi sehingga berhutang keliling pinggang..pernah suami mendesak saya untuk menjelaskan hutang kad kredit yang digunakan untuk berjudi..
kerana sayangkan keluarga ni saya turutkan dengan harapan suami akan berubah..tp harapan palsu yang diberi suami kepada saya..suami masih rancak berjudi..pernah tak balik rumah gara2 berjudi online di pejabat.. setahun kemudian saya melahirkan anak kedua kami..ditakdirkan anak kami sakit..saya fikir dengan ujian ni dia akan berubah..tp tetap sama..masih galak berjudi dan berhutang sana sini..yang paling menyentap naluri keibuan saya apabila suami menggunakan alasan anak sakit untuk berhutang dan mengutip sumbangan dengan kawan2 dia..kecewa dan sedihnya saya bila suami sanggup mengeksploitasi anak sendiri demi kepentingan judinya.
.sehinggakan hari kami nk bertolak ke kl utk ank menjalani pembedahan pn suami tak balik rmh..sy thu dia tidur di pejabat utk online judi.. sampai hati suami..kekecewaan sy berterusan..masih lg bertahan demi anak2 yang menagih kasih bapanya..ujian datang lg.. ditakdirkan Allah s.w.t, ank ketiga sy dikesan abnormal ketika usia kandungan 31w dan doktor pakar berterus terang baby akan meninggal..ya Allah hebatnya ujian yg ditetapkan utk ku..aku redha jika ini yg terbaik utk ku..ank syurga sy telah pn kembali kpd penciptaNYA...kata org, musibah akn mengubah diri seseorg.
.tp tidak pd suami sy..judi dah jadi darah daging suami..ketagihan yang makin kritikal..pinjam duit merata..loan bank suami pn mencecah ratusan ribu..pantang ada kenaikan gaji mst buat loan..suami makin hilang perasaan malu..sanggup nak minta pinjam duit dgn family, saudara mara dan kwn2..dlm kepala dia ada duit dan judi je..kerjaya pun makin terabai..diri tidak terurus..tanggungjawab sebagai ketua keluarga dah ke laut.. kemuncaknya, suami telah menggadaikan harta benda termasuklah barang kemas dan kenderaan tanpa pengetahuan saya..dia memujuk sy untuk membuat pinjaman bg menjelaskan pajak gadai..
sy menolak sekeras kerasnya..sy ada ank2 utk ditanggung..ank2 masa depan sy, bukannya suami..perasaan sy yang dah tawar dari hari ke hari telah membuatkan sy menuntut cerai..hati sy dah kering..zaman tangisan dah berlalu..sy kuatkan diri keluar dari derita ciptaan suami kaki judi tp bkn kaki pukul.. sy mendoakan suami insaf dan kembali ke pangkal jalan kerana dia adalah bapa kpd ank2 sy..di mata ank2 kecil ini suami adalah hero mereka..kami suami isteri tidak pernah bergaduh besar dpn ank2 ..cukuplah sy mendiamkan diri tanda marah dan protes..
wlpn agk trlmbt menuntut cerai tp sy yakin ada sinar utk sy dan ank2..komen2 pembaca di page KRT byk memberi inspirasi kpd sy..betullah apa yg di kata..kaki judi tidak akan berubah..tipu sana sini adalah makanan mereka..
mohon semua warga pembaca KRT mendoakan agar dipermudahkan urusan perceraian sy dan suami demi masa dpn sy dan ank2..terima kasih.
kisah rumah tangga
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean