Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, semua orang mengakui Malaysia negara yang berjaya sehingga Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud memilih negara ini bagi penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP).
“Jadi, dasar kita kesederhanaan. Islam kesederhanaan adalah Islam sebenar dan ini sebab kita mendapat pengiktirafan antarabangsa,” katanya ketika berucap melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.
Hadir sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pimpinan tertinggi UMNO dan sayap serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean