Alor Gajah: Seorang jururawat terpaksa ‘dimandikan’ dengan semburan cecair khas selepas dikhuatiri terdedah kepada pencemaran raksa yang tumpah di Klinik Desa Sungai Petai, di sini, semalam.
Difahamkan dalam kejadian 11 pagi, jururawat berusia 30-an terbabit mengendalikan alat pembaca tekanan darah yang kemudian terjatuh hingga menyebabkan raksa tertumpah.
gambar hiasan
“Pemeriksaan dilakukan mendapati lima miligram raksa jenis H80 daripada alat pembaca tekanan darah itu tertumpah dan dipercayai mencemari kawasan sekitarnya.
“Berikutan kejadian itu, kami terpaksa melakukan proses nyah cemar dengan memandikan seorang jururawat bertugas bagi memastikan dia tidak terdedah kepada raksa,” katanya.
Menurutnya, klinik berkenaan juga diarahkan tutup selama dua hari.
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean