Home » » saya syak suami menghidap OCD-Main hp kejap, dia akan bersihkan hp tu (lap2 screen hp) pastu main, bersihkan lagi, naik rimas saya.

saya syak suami menghidap OCD-Main hp kejap, dia akan bersihkan hp tu (lap2 screen hp) pastu main, bersihkan lagi, naik rimas saya.

Salam.Admin, tolong hide profile saya. Saya berumur 21tahun, bagitu juga suami Kami sudah berkahwin selama 2 tahun dan belum mempunyai anak atas alasan tidak bersedia. Lagipun saya masih belajar. Alhamdulillah dia suami yang baik. 

Masalah saya, saya syak suami menghidap OCD dari kelakuannya. Kadang2 sampai saya pun tertekan. Saya sudah bersihkan rumah, dia balik dari kerja penat2 tetap akan bersihkan rumah sekali lagi sampai dia puas hati. Baju dia saya cucikan, dia akan marah dan mencampakkan semula ke bakul kain kotor. 

Suami jenis yang cuci baju sendiri dari mula kahwin. Saya terima tapi kadang2 takut orang cakap saya queen control. Lagi yang buat saya sakit kepala, suami jenis yang jaga hp, gila gadget. Main hp kejap, dia akan bersihkan hp tu (lap2 screen hp) pastu main, bersihkan lagi, naik rimas saya. Klu mau bersihkn tu, sebarang bunyi dia tidak boleh dengar, klu tdk dia akan stress dan marah. 

Tapi setakat ni belum naik tangan, klu naik tangan saya karate saja dia.Baru2 ni, hp dia calar. tak nampak pun calar tu. Mau tengok betul betul baru nampak. Tapi dia punya angin, adoi mak. sampai dia campak hp tu, ambil balik, lap lagi, pastu campak lagi, baring, merungut pasal calar hp dia.


 Hp tercalar oleh tukang repair hp, kawan dia juga. Dari jam8 dia balik keja, sampai ke 2 pagi kami berjaga pasal hp tu saja. Makan pun tidak ingat. Sakit kepala saya memujuk. Saya ajak dia ke doktor untuk dapatkan nasihat pasal OCD ni tapi dia tak mahu. Malu katanya. Hmm. Saya risau jadi apa2 dengan kami sebabkan hal ni. Dia suami yang baik. Dia aware demgan keadaan dia tapi dia tdk blh control katanya. Sy ksian dia. Sy cba phm dia. Tp kdg2 bikin stress btl jga. Hmm.

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts