SELEPAS kecewa menaja sebuah program hiburan gergasi berbahasa Melayu menerusi sebuah stesen tempatan popular, kini usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida beralih arah.
Jutawan tersebut dilaporkan mula mencuba nasib mengembangkan lagi perniagaannya dengan menaja sebuah program berbahasa Cina.
Vida yang merupakan pengasas Qu Puteh difahamkan telah menaja Anugerah Golden Award yang bakal bersiaran langsung di NTV7, 20 Mei ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Vida menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.
Menurut Vida, keputusan untuk melabur dalam anugerah ini dibuat kerana dia mahu mencuba untuk memasuki pasaran Cina.
“Saya perlu berani. Melangkah ke 1 pelaburan baru… Membawa jenama Pamoga. Saya taja Anugerah Golden Award.. NTV7.. Sayang rasa macam mana? Ok tak?
“Bukan tugas senang… Tapi saya perlu berjuang… Sayang perlu sokong saya yer..,” tulisnya.
Vida turut memuat naik beberapa gambar dan video semasa sesi sidang media pelancaran Anugerah Golden Award, di mana dia diperkenal sebagai penaja utama.
Dikesempatan itu, Vida turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan beberapa artis Cina secara beramai-ramai di atas pentas.
Wah, dengan pencapaian ini, Vida nampaknya telah meletakkan satu tanda aras yang baharu buat dirinya. – MDN
http://www.malaysiadreamnews.com/
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean