PENYANYI wanita yang kini menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna, dikatakan bakal mengikat tali pertunangan dan bernikah tahun hadapan.
Yuna, atau Yunalis Zarai, 30, sedang hangat bercinta dengan adik kepada aktor Ashraf Sinclair, iaitu Adam Sinclair sejak setahun lalu.
Pasangan itu dikatakan bakal bertunang pada Oktober ini dan melangsungkan perkahwinan pada 1 Ogos 2018.
Ini bukanlah kali pertama khabar angin bertiup kencang bahawa pasangan ini bakal memulakan fasa yang lebih serius dalam hubungan mereka.
Sejak tahun lalu, gosip pertunangan mereka hangat diperkatakan namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh kedua-dua Yuna dan Adam sendiri.
Spekulasi tersebut tercetus apabila sekeping gambar menunjukkan mereka memakai pakaian sedondon semasa menghadiri resepsi perkahwinan AG Coco dan Zue viral di media sosial.
Walaupun tidak pernah mengakui secara terbuka tentang hubungan mereka, baru-baru ini Yuna telah memuat naik status di Instagramnya yang berbaur romantis dan dipercayai didedikasikan kepada Adam.
Menerusi kiriman itu, Yuna meluahkan perasaan terharunya atas kehadiran Adam yang sentiasa berada di sisiya sepanjang lima tahun mereka berkawan.
Bagaimanapun,setakat ini, kedua-dua Yuna dan Adam masih belum memberikan sebarang kenyataan tentang khabar angin ini. – MYNEWSHUB.CC
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean