BARU-baru ini primadona sinema tanah air, Erra Fazira telah mengadakan party hari lahir puteri tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran yang ke-8 di Menara Kuala Lumpur.
Setelah tiga tahun berpisah dengan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, Erra dilihat masih selesa hidup solo. ‘Terlalu’ selesa, sehinggalah Aleesya meluahkan dia mahu adik baru!
Agaknya sudah bosan bermain seorang dan mahukan teman, Aleesya sering meminta seorang lagi adik kepada Erra dan Erra pula memahami mengapa anak perempuan kesayangannya membuat permintaan begitu.
“Saya terangkan kepadanya bahawa jika bukan saya yang akan ‘memberikannya’ adik baru, mungkin ayahnya yang akan menunaikan keinginannya itu,” kata Erra.
Dalam pada itu, Erra meluahkan perasaan gembira dan bangganya melihat Aleesya membesar di depan mata.
“Pantas masa berlalu, Aleesya kini sudah berusia 8 tahun. Saya lihat ada banyak perbezaan pada dirinya, dan yang paling penting, dia membesar sejajar dengan usianya.
“Alhamdulillah, Aleesya juga tidak merasai kekurangan malah memahami situasi ibu bapanya tidak lagi hidup bersama,” tambah Erra lagi.
Majlis hari jadi yang mengangkat tema Party Like A Rock Star itu turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Datin Umie Aida, Datuk Zahida Rafik, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, selain bapa Aleesya iaitu Engku Emran serta rakan-rakan sekelasnya.- MYNEWSHUB.CC
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean