Home » » ISU MURID JUAL NASI LEMAK KENA RAMPAS,BUDAK TU MEMANG KURANG AJAR! BETUL KE?

ISU MURID JUAL NASI LEMAK KENA RAMPAS,BUDAK TU MEMANG KURANG AJAR! BETUL KE?

ISU MURID JUAL NASI LEMAK KENA RAMPAS,BUDAK TU MEMANG KURANG AJAR! BETUL KE?| kecoh satu malaysia tentang isu seorang guru wanita dan guru besar membuang nasi lemak yang telah dijual oleh seorang pelajar sekolah di pulau pinang.

semalam kami tidak berani menyentuh isu ini sebab isu ini terlalu sensitif,menurut apa yang kami pantau ekoran tentang isu ini kisahnya dimana seorang guru telah merampas nasi lemak yang di jual oleh dua orang murid sekolah tersebut,katanya  di rampas akibat guru sekolah itu risau tentang keselamatan murid-murid lain.

semalam tampil seorang individu bersama saiful bahri menjelaskan perkara tersebut ini cerita sebenar yang berlaku pada hari itu.



setelah kenyataan itu di viralkan oleh siakap keli ramai individu yang tidak bisa menerima kenyataan saudara tersebut,disebabkan ianya tidak logic kata seorang individu.aku dulu gengster sekolah tapi aku tidak jual nasi lemak,jahat-jahat aku pun aku takut jugak dengan cikgu,tapi bila aku baca kenyataan yang mengatakan budak nie nakal,tak logik dia bawa nasi lemak jual kat sekolah,budak ini mesti orang susah takkan punya dia kurang ajar,kami semua nak dengar apa penjelasan budak tu.

sebagai manusia yang mempunya akal kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak sebelum mendengar kenyataan kedua duanya,kita tidak tahu keadaan sebenar.dari apa yang dinyataakan oleh saudara saiful bahri si guru melihat sikap kurang ajar anak murid tersebut sehingga mengganggu kelas lain,kalaulah masa itu pihak sekolah mengkaji dahulu latar belakang budak tu,keadaan keluarganya macam mana,kenapa dia jual nasi lemak dekat sekolah,setiap orang tahu tentu itu masalah ekonomi.

zaman sekarang majoriti kanak-kanak berbangga dengan kemewahan yang dia ada,namun murid ini datang kesekolah belajar sambil menjual nasi lemak yang dipesan oleh rekannya sendiri,jika budak tu lahir dari keluarga yang kaya sudah tentu dia akan malu menjual nasi lemak.

anda mungkin pernah merasai kehidupan kanak-kanak berumur 13 tahun kebawah,sebenarnya kanak kanak berusia 13 kebawah masih mentah,biasanya anak anak akan lebih seronok melakukan sesuatu apabila apa yang dia buat mendapat sambutan baik dari rekan rekannya,sayangnya kanak kanak yang datang dari keluarga susah matlamat kehidupanya mendapat wang harian adalah lebih utama dari belajar untuk masa depan.

bagi mereka kanak kanak tidak ada salahnya mereka mecari rezeki di sekolah,dalam hati mereka mungkin satu kesalahan pada guru yang tidak memahami perasaan mereka yang terpaksa menjual nasi lemak untuk membantu keluarga mendapat perbelanjaan harian..

setakat ini belum ada lagi kenyataan dari pada murid tersebut.apa pun kami tidak berpihak kepada mana mana pihak baik guru atau pun murid.kita lahir kedunia bukan terus pandai tulis baca,jadi hormatilah guru seperti kita menghormati orang tua kita.sebenarnya selain dari pada doa dan azam yang kuat guru juga mempunyai peranan besar dalam keberjayaan seseorang..



http://eberita.org/isu-murid-jual-nasi-lemak-kena-rampasbudak-tu-memang-kurang-ajar-betul-ke/

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts