Home » » Hanya bidadari sahaja layak untuk anak saya,awak tak layak!! mulut jahat mak cik ini akhirnya menyesal seumur hidup

Hanya bidadari sahaja layak untuk anak saya,awak tak layak!! mulut jahat mak cik ini akhirnya menyesal seumur hidup

Assalamualaikum admin..
Saya nak kongsi kisah saya dan mak mertua saya.Masa saya belajar di university saya berkawan dengan seorang lelaki.Dia baik,beriman dan bekerja di syarikat yang terkemuka di Malaysia.Saya tahu gaji dia memang besar tapi saya tak pernah terima satu sen pun duit dia walaupun saya asal dari keluarga yang susah.Hadiah pun saya tak terima.


Dia ni anak tunggal.Satu hari,dia kata mak dia kata nak jumpa saya.Saya memang tak nak jumpa sebab saya cuma berkawan dengan anak dia bukan serious.Lagipun masa tu memang sibum nak tumpu pada pelajaran di akhir2 semester.

Masa jumpa,mashallah mak dia memang layan saya dengan baik,puji cantik,peluk dan siap bagi hadiah kerongsang dan shawl.Saya pun happy walaupun masih kekok dilayan macam tu.Tak lama lepas tu,dia mula mesej saya di messenger dan email,mula-mula dia cerita dia dah ramai reject perempuan yang anak dia suka sebab banyak hal.Lepas tu dia kata saya tak layak dengan anak dia sebab yang layak hanya bidadari.

Saya pun terkejut.ingat kan sampai setakat tu je,tapi dia hantar lagi mesej kata saya ni perempuan tak malu,mak ayah saya ajar saya kikis duit jantan sebab nak hidup senang.Saya memang tersentak bila dengar macam tu.saya cerita pada ayah dan mak saya.Mak ayah saya me nangis.Ayah saya terus tadah tangan mintak Allah SWT berikan keadilan pada saya..lepas tu ayah saya makin uzur dan setahun lepas tu kena stroke.3 tahun lepas tu ayah saya meninggal.

Lepas peristiwa tu saya memang sedih. Tapi saya byk berdoa dan saya balik duduk bersama keluarga sambil jaga ayah saya yang sakit.Tak lama lepas tu,ada orang masuk meminang.Rupanya dia secret admirer dari zaman u.Saya pun terima pinangan dia dan sekarang kami dah berkahwin 4 tahun.Masa pertama kali nak jumpa nakal mak mertua,memang saya trauma dan takut peristiwa lama berulang lagi.

Tapi Alhamdulillah, mak mertua saya memang sangat baik.masa awal perkahwinan,dia banyak support kami.Dia bagi pinggan mangkuk,kuali,perabot.Pergi mana2 selalu dia yang belanja.Tak sempat saya nak byr dia dah bayar.

Tiap kali pergi melancong dia akan beli kan macam2 buah tangan untuk saya.Kalau saya balik kampung suami,mesti dia akan penuhkan peti ais dengan makanan kegemaran Saya..dari hari pertama kahwin sampai lah ke hari ni layanan dia tak pernah berubah..saya bersyukur sangat2 lepas kepahitan yang keluarga saya lalui kami dapat keluarga yang sangat baik..

Berbalik kepada cerita ibu lelaki tadi,lepas 6 tahun peristiwa tu berlaku,baru ni dia mesej Saya lagi.Dia mintak maaf atas kekasaran dia pada saya dan dia menyesal sangat2.Dia harap dapat jalinkan sillaturahim semula.Saya maafkan dia tapi saya tak nampak faedahnya nak berhubung dengan dia lagi.Jadi saya beritahu dengan baik saya tak nak berhubung lagi.Anak dia pun masih tak kahwin2 lagi sampai sekarang.

Oh ya,nak dijadikan cerita,suami saya pun kerja di syarikat yang sama dengan lelaki tu tapi pangkat dan gaji lebih tinggi.Dan saya tak goda pun suami saya.Dia yang masuk meminang saya.Sampai sekarang dah jadi isteri anak dua pun saya tak kikis duit suami saya.Tak baik makcik tuduh saya tau.hihi.

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts