Sama seperti wanita, banyak laki-laki yang menginginkan tubuh yang ideal.Di zaman moden seperti sekarang, ada banyak cara untuk mendapatkan tubuh ideal.Salah satunya adalah bersenam dengan teratur.Lelaki ini pun melakukannya setiap hari.
Bahkan sebuah syarikat sukan memakai tubuhnya untuk dijadikan iklan produk mereka.Video dan gambarnya tersebar dan jadi viral.Tapi mereka tak hanya kagum dengan tubuhnya sahaja.Mereka tak menyangka Edgar mempunyai bentuk badan seperti ini.
Pinggang ke atas, tubuh Edgard boleh dikatakan sempurna.Tapi jika dilihat kepada bawah, Edgard sebenarnya tak punya kaki!Kedua kakinya terpaksa dipotong ketika ia berumur 4 tahun.Pada masa itu, ibu mereka memandu kereta.Kenderaan mereka dilanggar lori dari belakang.Edgard kehilangan dua kakinya.
Saudaranya kehilangan satu kakinya.Sedangkan ibu terluka jarinya.Mulai hari itu, si ibu merasa bersalah.Ia berfikir jikga kerana dirinyalah anak-anaknya mendapat bencana.Tapi Edgard dan saudaranya tidak putus asa.
Selama setahun, ia berusaha untuk belajar berjalan semula dengan menggunakan kaki palsu."Pakai kaki palsu memang membantu menyeimbangkan tinggiku dengan orang lain, tapi belajar menggunakannya luar biasa sukar" ujar Edgard pada Body Building.
"Sebab kau harus pintar mengimbangi diri dan membawa beban tubuhmu, aku perlu masa yang tak sebentar untuk memakai benda itu," kenang Edgard.
Bersama teman-temannya, ia membuat sebuah akaun di Facebook bernama 'Bionic Body' untuk mencatat segala kegiaatannya sehari-hari.Melalui posting itu, Edgard ingin berkata bahawa tak perlu resah jika kalian kelihatan tak sempurna.
Hasilnya, kini nama Edgard Augustus dikenali sebagai pembina badan yang gah.
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean