#kebangkitan
LEBUHRAYA
RAMAI mengetahui mengenai lebuhraya ini, lebuhraya yang merintangi kawasan berbukit dari Rawang hingga ke Ijok. Lebuhraya ini masih baru, ia wujud sekitar 6 tahun kebelakangan ini kalau tak silap. Lebuhraya ini sering menjadi laluan utama aku untuk ke Kuala Lumpur. Sama ada keluar di Rawang dan terus ke Kuala Lumpur melalui Selayang ataupun keluar dengan menyusuri Lebuhraya Guthrie dan terus masuk ke Lebuhraya Utara-selatan menghala ke Kuala Lumpur.
Mungkin ramai pengguna mengetahui kisah yang terselindung di sebalik lebuhraya ini, ataupun mungkin ramai tidak tahu. Secara peribadinya aku mengetahui kisahnya sedikit sebanyak malah pernah mengalami sendiri peristiwa tersebut.
Terlalu banyak cerita yang aku dengar, ada juga yang melucukan walaupun ia dikategorikan sebagai seram. Pada kali ini aku mahu berkongsi beberapa cerita yang pernah menjadi bualan orang termasuklah pengalaman diriku.
Cerita Satu.
Kisah ini berlaku ke atas bakal adik ipar tak jadi aku, korang faham tak? Ringkasnya adik kepada bekas tunang aku.
Begini………syuuhhhhhh…..siap aku gayakan tangan lagi nak bagi korang imaginasi…ok berbalik semula…
Begini kisahnya, adik kepada bekas tunang aku ini, aku namakan sebagai Mamat. Mamat ini budak muda yang suka merempit, pada awal lebuhraya dibuka di mana ramai pengguna masih tidak mengetahui nya, malah tol pun masih belum dikuatkuasakan. Mamat dan rakan-rakannya sering meluangkan masa untuk berlumba di lebuhraya ini, di sebabkan laluannya yang lurus dan panjang di antara Kundang dan Ijok ia menjadi litar kegemaran kepada budak-budak rempit yang tinggal di sekitar itu untuk test kepoweran motor mereka.
Sehinggalah pada satu hari, di mana malam itu tidak ramai yang hadir untuk meriahkan suasana, hanya Mamat dan beberapa orang rakan sekitar 5 orang sahaja. Jadi seperti kebiasaan apabila kurang kehadiran mereka lebih suka untuk menunggang bersama berjalan secara perlahan menikmati bukit bukau yang dipenuhi oleh pohon sawit. Perjalanan mereka bermula dari RnR kundang sehingga ke Tol Ijok dan berpatah balik semula.
Ketika berpatah balik dari Tol Ijok menuju ke Kundang, mereka perasan terdapat sebuah gerai makan di bahu lebuhraya. Tanpa berfikir panjang kelima-lima mereka berhenti seketika untuk menikmati minuman. Keadaan kedai seperti biasa, sama juga seperti gerai minuman yang biasa kita lihat di mana-mana. Suasananya, pelayan, air dan pengunjung yang lain. Tiada apa yang peliknya. Kecuali yang peliknya tuan kedai yang sekadar duduk di kaunter bayaran sekadar merenung dan tersenyum lebar. Perempuan tau lelaki? Lelaki, yang bersongkok dan bertshirt pagoda.
Selesai minum, mereka pulang ke Kundang tanpa berfikir apa. sehingga sampai Ke Kundang mereka berpecah dan pulang ke rumah masing-masing, salah seorang dari mereka pula singgah di sebuah kedai mamak untuk membeli rokok dan terjumpa salah seorang rakan sekampung. Berborak-borak tanpa sengaja terbuka lah cerita pasal kedai tepi lebuhraya.
Kawan yang dijumpainya berasa pelik, kerana setahu dia tak ada kedai minum di situ kecuali di RnR Kundang itu pun masih belum beroperasi. Kawan Mamat ini pun pelik juga tapi ntah kenapa mereka langsung tidak terfikir ketika singgah di kedai tersebut. Kisah perbualan mereka terhenti di situ apabila masing-masing pulang ke rumah.
Pada keesokan malamnya, mereka berkumpul di port biasa mereka di Rnr Kundang, maka ketika rakan Mamat ini pun mula membuka cerita mengenai pertemuannya dengan seorang rakan semalam dan bercerita mengenai kedai yang mereka singgah untuk minum.
Apabila kisah kedai itu dibualkan maka selepas itu mereka bertindak untuk pergi buat kali kedua untuk memastikan kewujudan kedai tersebut, tetapi ternyata apabila mereka pergi kedai itu memang tidak wujud sama sekali, malah tapak pun tiada. Jadi mereka pulang dalam keadaan seram sejuk maka malam itu mereka membuat keputusan untuk pulang awal ke rumah.
Mendapat kau!! Jumpa hantu baru reti nak balik rumah…kalau tidak sampai subuh baru jumpa jalan balik. Tapi sekejap je tu lepas seminggu buat perangai balik. Tak bujang lah brooo..
Cerita Dua.
Kisahnya tidak terlalu panjang, ia pengalaman aku sendiri dalam tahun 2012. Di mana ketika itu aku sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari Kuala Lumpur menuju ke Ijok. Ketika itu jam menunjukkan pukul 2 pagi ( lebih kuranglah). Selepas tol Ladang Tuan mee menuju ke Ijok ketika melalui laluan lurus dan sedikit mendaki bukit bersebelahan dengan Kilang UPB.
Aku ternampak dari jauh satu susuk tubuh sedang berjalan menuruni bukit,di dalam laluan sama dengan aku Cuma dia berada di bahu jalan sedang melawan arah dengan aku, aku lihat depan dan di belakang aku langsung tidak ada sebarang kenderaan. Menjadikan aku memandu seorang diri.
Jarak aku dengan susuk tubuh itu sekitar 300 meter, pada awalnya aku menjangka kan ianya manusia, kerana ia sedang berjalan dalam keadaan terhencut-hencut, aku fikir mungkin dia jatuh motor barangkali.
Sehingga apabila semakin menghampirinya, aku lihat pakaiannya seperti jubbah yang lusuh. Rambutnya mengerbang sehingga ke paras pinggang dan menutupi mukanya. Keadaan tangannya yang kering hanya kulit sahaja menyaluti tulang temulangnya. Ibarat Mumia keadaannya apabila aku melihat
Ketika itu aku tidak berfikir apa langsung mengenai hantu, apa yang aku fikir dia mungkin kemalangan. Lalu aku bertindak memperlahankan kereta dan hampir berhenti di sebelahnya.
Ketika mahu memberhentikan kereta untuk bertanya khabar kepadanya, aku baru perasan yang dia tidak mempunyai sebarang luka, di sebalik rambut yang menutupi wajahnya aku dapat lihat rahangnnya yang terbuka sahaja. Fikiran aku pada awalnya mengatakan ia kemalangan motor terus dinafikan apabila tiada sebarang motor yang kelihatan berhampiran. Secara logiknya dia turun dari bukit yang dikelilingi oleh ladang sawit, apa yang dia lakukan di situ pada waktu begini?
Tiba-tiba timbul perasaan seram dalam diri aku apabila melihat dia seperti terapung. Aku pada mulannya mahu memberi salam tiba-tiba aku menyapanya dengan ‘Waalaikumsalam’ tanpa fikir apa lagi aku terus tekan minyak dan menyambung kembali perjalanan aku pulang ke rumah.
Cehh…terkena aku, tu la sapa suruh aku balik lewat..lain kali jangan kutuk Mamat lagi…kan dah terkena…lepas itu seminggu jugak aku balik awal…tapi sekejap je brooooo…tak bujang la balik awal..hahaha.
Cerita Tiga
Kisah ini berlaku kepada kenalan kepada kenalan aku, faham tak? Pandai-pandailah korang nak hadam. Aku namakan kenalan kepada kenalan aku ini sebagai Yeop.
Pendek je ceritanya, pada satu hari si Yeop ini pulang dari perjalanan yang jauh dari utara, dia masuk ke Guthrie dan turun ke lebuhraya yang aku ceritakan,menuju ke Ijok untuk pulang ke Tanjung Karang. Ketika sampai di lebuh raya ini jam menunjukkan pukul 3 pagi, akibat terlalu kepenatan dia berhenti sebentar di RnR Kundang untuk membuang air dan membasuh muka.
Selepas itu dia masuk kereta dan mengambil keputusan untuk berehat seketika, sambil menurunkan kerusi pemandu sedikit untuk baring. Tanpa dia sedar si Yeop ini terlena seketika. Ketika di Rnr dia dapati terdapat beberapa buah lagi kenderaan yang turut sama berhenti, tetapi dia tak pedulikan sebab tak penting pun.
Akibat kepenatan Yeop terlena, selepas itu dia terjaga dan melihat jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi maka dia terus start enjin kereta dan menyambung kembali perjalanananya. Pada mulanya tiada apa yang pelik berlaku sehinggalah dia sampai ke Tol. Pada awalnya dia menyangka tol yang bakal dilaluinya adalah tol Tuan Mee, tetapi melihat nama tol yang terpampang dia terkejut. Kerana ianya tertulis ToL Rawang!
Yeop bingung, bagaimana dia boleh berjalan menghala ke Rawang sedangkan jika dia keluar dari Rnr Kundang dia pasti melalui Tol Ladang Tuan Mee. Bagi yang tidak mengetahui mengenai Rnr Kundang, terdapat Rnr yang sama berhadapan antara satu sama lain. Kerana lebuhraya tersebut hanya mempunyai satu RnR sama ada menghala ke Rawang atau ke Ijok kerana ia saling berhadapan.
Jadi kisah Yeop ini sebenarnya dia telah di alih dari RnR yang menghala Ijok ke RnR yang menghala ke Rawang, apa jadi pada Yeop selepas itu? Patah balik ler apa lagi..tu la sapa suruh kau tak balik rumah kan dah terkena macam aku dengan Mamat….hahahaha
Begitulah cerita mengenai sebuah lebuhraya di sini, ada banyak lagi kisahnya…Cuma penat nak taip panjang-panjang, korang bukan rajin baca pun…kalau Patah Amin laju je kau baca..mentang-mentang la Abam tak Sado macam Supreme Leader.
Tamat
Admin
-MT-

Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean