Home » » saya mana ada hutang dengan KAFA- Datuk Seri Dr Hasmiza

saya mana ada hutang dengan KAFA- Datuk Seri Dr Hasmiza



Kuala Terengganu: Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida minta penyokong bola sepak Kelantan tidak salah anggap dengan mendakwa pihaknya gagal menjelaskan jumlah tajaan seperti dijanjikan kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) pada musim lalu.

"Saya mahu jawab dengan dakwaan sebahagian netizen di media sosial bahawa saya mana ada hutang dengan KAFA. Saya geram sungguh dengan dakwaan seperti itu," katanya.

Menurutnya, dia tinggalkan KAFA dengan baik serta penuhi komitmen sebagai penaja untuk musim lalu secara keseluruhannya berjumlah RM8 juta.

Katanya, gaji kepada pemain juga dibayar tiap-tiap bulan pada musim lalu dan pihaknya berharap tidak menuduhnya berhutang dengan KAFA.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini mendakwa beberapa penaja musim lalu tidak mambayar seperti di dalam kontrak hingga menyebabkan kelab mengalami defisit jutaan ringgit.

Berikutan itu, ramai yang menuding jari dengan mendakwa Datuk Seri Vida adalah penaja yang gagal membayar tajaan seperti dijanjikan hingga KAFA terus dihimpit kemelut hutang serta pasukan Kelantan diambil tindakan potongan mata seperti diumumkan Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) pada Selasa lalu.




http://www.hmetro.com.my/node/226715

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts