Home » » Pelajar UiTM maut dihempap pokok ketika berkhemah

Pelajar UiTM maut dihempap pokok ketika berkhemah

PETALING JAYA: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut manakala 4 lagi cedera selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang di Lata Charok, Janda Baik, Bentong pagi tadi.


Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku ketika mangsa bersama 68 pelajar lain sedang mengikuti program perkhemahan, lapor Utusan Online.

“Semasa kejadian, sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa penuntut,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik.

Pasukan bomba sedang melakukan operasi bagi membawa keluar mangsa yang dihantar ke Hospital Bentong, kata laporan itu memetik Zainal.FMT

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts