Baru baca tajuk dah geram, marah, menyirap dan macam macam perasaan bercampur baur kan? Rileks dulu..tenang2 je dulu…baca dahulu kisah ku ini.. aku bernikah dngan bekas suami ku dulu pada tahun 2010, kami dikurniakan 3 cahaya mata. Aku berkawan dgn suami aku selama 5 tahun sebelum bernikah, jadi aku ‘kenal’ sgt la perangai nya. Suami aku ni memang kaki buaya, kaki betina sgt... Time bercinta selalu sgt kantoi. Dah kawin pun masih berperempuan bagai. Mcm2 apps die ada. Wechat la beetalk la whatsap group cari jodoh la. Suami aku kerja nya tak tetap. Selalu bertukar tukar kerja.sebelum ni driver lori, driver taxi, kilang, tapi tak kekal lama.
Mudah jemu. Sama mcm peel nye yg kaki prempuan nya. Bertukar-tukar. Kalau bergaduh tu jgn cakap la. Memang maki maki semua keluar.. maklumlah, aku ni pun jenis cepat panas. Mana tak panas kalau asik ber mesej ngn pompuan lain syg la baby la mama papa la. Kau rasa aku ni sape? Balachi kau yg kene urus diri kau? Ngn org lain kau syg2 baby2 kan.
Namun kisah kami ini tidakla bertahan lama, suami aku dapat kerja di Ipoh dan terpaksa pjj dgn aku di kl. dan pada awal tahun 2015, kantoi die bercinta dengan student umur dalam 20 tahun asal sg petani. Yang kali ni, aku amat tak boleh terima sebab suami aku sgt2 gile kan budak pempuan ni. Pempuan tu mengaku dah terlanjur dengan laki aku dan pernah mengandung tapi dah gugurkan.
Aku Tanya suami aku apakah benar semua ini, suami aku beritahu aku die sangat cintakan budak itu, die tak sama dgn prempuan lain. Die berbeza dan mcm2 pujian ke atas prempuan itu. Aku yg sarat mengandung anak ketiga waktu tu rasa mcm nak mati je. Ingatkan dah anak nak masuk 3 die berubah. Rupanya lagi truk. Die dah berjanji nak kawin ngn prempuan tu. Then aku ckp, klau nak budak tu, lepaskan lah aku .die sanggup lepaskan aku dan akhirnya kami bercerai selepas aku beranak anak ketiga ini. Aku memang berdendam dgn budak prempuan tu. Sungguh kjam dan hnya mementingkan diri sendiri. Tapi die lupa, Allah tu ada.
Masa lepas lafaz cerai, luar mahkamah tu bekas suami ada ckp, kita jgn bermusuh demi anak-anak. Aku hanya angguk sedih sebab aku tahu die dah ade pengganti aku dan aku pula sendiri dgn anak anak. Selepas beranak, aku sendiri membesarkan, menyekolahkan anak2.
Bekas suami aku masih meneruskan cinta nya dgn budak perempuan tu. Die masih bagi nafkah setiap bulan. Aku pula bekerja sebagai admin staff di sebuah pejabat kl demi menyara hidup. Disitu aku belajar mencantikkan diri, melaram. Aku juga sudah pandai berselfie dan upload gambar di insta dan fb. Sejak kawin aku jarang upload gambar aku sendri melainkan gambar anak2. Maklumlah dah bujang kembali. Aku juga dan pandai guna wechat dan apps2 perkenalan mcm bekas laki aku dlu suka main. Aku dengar2 bekas suami aku akhirnya sudah mendirikan rumahtangga dgn budak pempuan tu pada Ogos 2016. Dan aku dgar budak tu juga dah mengandung anak pertama mereka. Aku masih sendiri lagi walaupun ramai sangat nak kenal dan berkawan dgn aku, tapi aku tak terbuka langsung hati ni.
Sekitar bulan 11, aku terima mesej yang lain dari lain dari bekas suami aku. Die menyatakan rindu dan mengimbau kenangan kami yg lama-lama tu. Dalam hati aku, dah nikah muda pun nak cari aku balik ke? Bila dah mesej mcm tu aku pun layan kan. Sejak haritu die selalu bermesej aku bertanya kabar dan anak anak. Sesekali die ke kl dia akan luangkan masa bersama kami berlima. Aku kadang rasa mcm family aku hidup balik. Aku kesian pada anak anak aku yg kurang kasih syg seorang ayah.
Kami mcm bercinta semula. Tanpa disangka, ada satu hari tu die dtg ke rumah seperti biasa. Kebetulan aku belom ambil anak2 dari taska. Hanya aku di rumah sahaja. Hari tu, kami terlanjur. Sedangkan die sudah pun ade isteri baru yg juga sedang sarat mengandung. Bekas suami aku minta maaf pada aku akibat perbuatan die.Cuma aku dapat rasa kan die masih syg kan aku.
Tak lama lepas tu, atas urusan kerja, aku ke ipoh. Aku beritahu die untuk jumpa dan ambil aku di aiport. Semasa aku sampai, tahu siapa datang? Wife die yg sedang sarat mengandung yg dtg kepada aku. Wajahnya kusut masam mencuka. Aku kenal benar prempuan ni sebab die penah jumpa aku dulu depan rumah aku sebab nak rebutkan suami aku dulu.Memang aku tercebis perasaan bersalah kerana aku bersama dengan suami nya. Rupa rupanya die dah mengetahui hubungan aku dan suami die. Dia kata die dah baca segala mesej antara aku dan suami die dan die dapat tahu aku turun ke ipoh utk berjumpa dgn suaminya.
Tapi suami die tak tahu yg die tahu. Dalam nada marah dan geram juga sedih die melemparkan kata sindiran tajam pada aku. Dan aku mengaku pada die, ya kami sudah pernah terlanjur. Die yg mendengar, kelu dan pucat sguh wajah wife dia. Aku takut die bunuh diri je sebab aku perati budak ni tak kuat asal skit nak nangis. Memang benar aku perosak rumahtangga kau.
Tapi ingat apa yang kau pernah buat dulu. Orang yang aku rampas tu, orang yang pernah kau rampas dulu. Memang dendam aku terbalas, walaupun skrang aku ade rasa sedikit bersalah. Aku tak ingin pun bekas suami aku tu sebab aku tahu peel die. Cume guys, senang je, kalau diri di anaya, balas dendam dngn hidup Berjaya dan cantikkan diri dan dekatkan diri pada allah. Kerana saat itu, orang akan terlihat kamu. Bukan balas dendam dngn menyihir atau menyantau orang. Apa yg perlu kita ingat. Allah sentiasa ada dgn kita.
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean